Tarikh : 2 / 11 / 2017
Masa : 8.00 pagi -   1 Petang
Lokasi : Universiti Malaysia Perlis, Arau.
Peserta

: 117 orang peserta

Tujuan

Program klik dengan bijak (KDB) diadakan untuk memberikan kesedaran tentang betapa pentingkan menggunakan internet dengan cara betul. Ini bagi mengelakkan penyalahgunaan internet dan maklumat peribadi. Tambahan pula, ia juga bertujuan untuk mendidik para peserta golongan muda khasnya supaya lebih berhati-hati apabila melayari laman sosial seperti Facebook, Instagram, Youtube dan sebagainya. Ianya adalah untuk memberi kesedaran dan juga menasihati para peserta supaya tidak terlalu oversharing maklumat diri mereka di laman sosial dan kesan bahayanya oversharing.

Di samping itu, program sebegini dapat mempromosikan Pusat Internet dalam komuniti setempat. Secara tidak langsung, komuniti setempat tahu akan kewujudan Pusat Internet yang berdekatan dan meningkatkan prestasi pelajar berkenaan dengan penggunaan teknologi maklumat. Program seperti ini juga dapat merapatkan hubungan antara petugas dan komuniti setempat. Turut diselitkan bersama Program Dashboard Komuniti.

Aktiviti

Petugas memberi taklimat KDB berkaitan keselamatan di internet, online grooming, oversharing, buli cyber dan modul yang berkaitan diketengahkan kepada para pelajar. Petugas juga memaparkan video KDB dan penerangan akta kesalahan jenayah online oleh pihak MCMC supaya pelajar lebih memahami penerangan yang disampaikan.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 21 / 10/ 2017
Masa : 10.00 pagi - 12.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 9 orang peserta

Tujuan

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menguji kepantasan dan kepakaran perserta sekolah rendah dalam Multimedia Adobe Illustrator. Didalam slot ADOBE ILLUSTRATOR CREATIVE EDITING IMAGES CONTEST perserta diuji dari segi lakaran gambar, warna tulisan dan kepantasan masa yang diberi selama 1 jam 30 minit mengikut soalan / arahan yang telah ditetapkan petugas.

Aktiviti

Para peserta diuji dari segi lakaran gambar, warna, tulisan dan kepantasan masa yang diberi selama 1 jam 30 minit mengikut soalan yang telah ditetapkan oleh petugas. Peserta diminta mencari gambar kapal terbang mengikut apa yang telah ditetapkan oleh pengurus dan penolong pengurus. Gambar kapal terbang yang dilakar mestilah mengikut kreativiti masing-masing.

 GAMBAR DISINI

 

 

PROGRAM DASHBOARD KOMUNITI&E-WASTE SEMPENA JOM MEMBACA ANJURAN PERPUSTAKAAN DESA ZON7&PUSAT INTERNET

Tarikh : 25 / 09 / 2017
Masa : 9.00 pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : Dewan Bukit Mat Inson, Pendang
Peserta

: 38 orang peserta

Tujuan

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Dashboard kepada komuniti yang merangkumi beberapa modul Dashboard seperti My Health, My Shop, My komuniti, My Soal dan My Place. Selain itu, tujuan lain diadakan adalah untuk meningkatkan keahlian baru Pusat Internet kepada komuniti dan bakal-bakal usahawan baru.  Selain itu, program E-Waste juga turut diadakan ia merupakan inisiatif SKMM untuk menggalakkan masyarakat kitar semula secara mkesra alam bagi peranti terpakai.

Aktiviti

Membuat promosi E-Waste yang merupakan inisiatif SKMM menggalakkan kitar semula secara mesra alam bagi peranti terpakai. Seterusnya mempromosikan keahlian Pusat Internet dengan memberi hadiah kepada sesiapa yang mendaftar keahliah pada hari tersebut. Selain itu, penerangan berkaitan Dashboard aplikasi sesi My Shop dengan Usahawan mengambil gambar produk dan memuatnaik kedalam aplikasi Myshop. Selepas itu, sesi memberi penerangan tengtang hebahan My Komuniti dan mebuat aduan didalam My Soal.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 3 / 10/ 2017
Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Perpustakaan Desa Charok Kudung
Peserta

: 42 orang peserta

Tujuan

Program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Pusat Internet serta membuat hebahan Kempen Keselamatan Internet “Online Grooming” kepada pelajar, guru dan staf perpustakaan desa zon 7 yang hadir. Selain itu, promosi keahlian telah turut dijalankan untuk.meningkatkan jumlah keahlian baru Pusat Internet.

Aktiviti

Membuat promosi keahlian Pusat Internet kepada pelajar dan guru dan staf perpustakaan desa zon 7 serta komuniti yang hadir pada PROGRAM LEPASAN UPSR BERSAMA PERPUSTAKAAN DESA CHAROK KUDUNG DENGAN KERJASAMA SEKOLAH KEBANGSAAN CHAROK KUDUNGtersebut amat mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Para petugas juga telah menjalankan pelbagai aktiviti sampingan seperti mempromosikan Dashboard dan memberi taklimat pendedahn berkaitan KDB iaitu “Online Grooming”. Seterusnya, aktiviti sampingan lain yang berkaitan dengan dashboard dan KDB seperti treasure hunt dan kuiz KDB dan Bijak Ular, Kuiz Silang Kata dan Kuiz Dashboard.

GAMBAR DISINI

 

 

Tarikh : 7 / 09 / 2017
Masa : 9.00 pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : Pekarangan Sekolah Maahad Al Imam Al Syafie Sawa Kecil, Pendang
Peserta

: 130 orang peserta

Tujuan

Tujuan Program ini diadakan adalah untuk mempromosi Dashboard serta membuat hebahan Kempen Keselamatan Internet kepada pelajar, guru dan staf sekolah tersebut. Selain itu, promosi keahlian juga dijalankan untuk meningkatkan jumlah keahlian Pusat Internet.

Aktiviti

Membuat promosi keahlian Pusat Internet kepada pelajar, guru, staf serta kakitangan sokongan semperna program ''Negaraku Sehati Sejiwa' tersebut amat mendapat sambutan yang sangat mnggalakkan. Para pertugas juga telah menjalankan pelbagai aktiviti sampingan seperti mempromosikan Dashboard dan KDB iaitu penerangan ringkas mengenai aplikasi Dashboard  dan KDB. Seterusnya, aktiviti sampingan lain yang berkaitan, dengajn Dashboard dan KDB seperti Treasure Hant, kuiz KBD, Bijak Ular, Teka Silang Kata, dan Kuiz Dashboard.

GAMBAR DISINI