Tarikh : 15 / 01 / 2018
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 3 orang

 

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih para lepasan SPM khususnya di dalam masyarakat setempat. Latihan ini diadakan adalah untuk memahirkan mereka di dalam penggunaan MICROSOFT WORD OFFICE. Aktiviti seumpama ini diadakan adalah bertujuan untuk memahirkan mereka dalam penggunaan MICROSOFT WORD OFFICE sebagai penyediaan dalam menghadapi kehidupan di alam universiti nanti. Para pelatih ini telah dibantu oleh petugas  dalam menyiapkan latihan ini.

Aktiviti

Peserta diminta mencari maklumat berkaitan belanjawan atau perangkaan mengenai keuntungan bersih sesuatu jenis perniagaan dengan menggunakan MICROSOFT WORD OFFICE

 
 
Tarikh : 11 / 01 / 2018
Masa : 3.00 petang -5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 5 orang

 

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk memahirkan para pelajar PT3 yang merupakan pelajar sekolah menengah dalam membuat tugasan matapelajaran sivik dengan menggunakan MICROSOFT WORD OFFICE. Didalam slot MICROSOFT WORD OFFICE (Creative Words For PT3) perserta diminta oleh guru mereka untuk tugasan berdasarkan kreativiti setiap individu dengan dibantu oleh petugas.

 

Aktiviti

Peserta diminta mencari maklumat berkaitan tokoh usahawan, tokoh sejarah mengikut kreativiti masing-masing dengan menggunakan MICROSOFT WORD OFFICE

 
 
Tarikh : 28 / 12 / 2017
Masa : 3.00 petang -5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 4 orang

 
 
Tujuan
Tujuan Bengkel Aplikasi laman Web Kerajaan ini diadakan adalah untuk mendekatkan para belia mendekati laman web tersebut serta memudahkan urusan mereka untuk melakukan sesuatu kerja yang perlu berurusan dengan kerajaan.
 
Aktiviti
 Disini petugas mengajar para beli cara untuk menggunakan laman web BRIM, SPA, UPU serta KWSP. Gelongan belia ini juga diajar cara menggunakan aplikasi atas talian dengan bijak supaya tidak tertipu dengan laman web yang tidak baik.
 
 
 
Tarikh : 01 / 01 / 2018
Masa : 3.00 petang -5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Paya Mengkuang
Peserta

: 30 orang

 
 
Tujuan
Tujuan Majlis Bacaan Yassin Pusat Internet Kluster Pendang adalah merupakan salah satu aktiviti tahunan Pusat Internet bagi setiap tahun, samada dijalankan pada awal ataupun akhir tahun bersama komuniti di sesebuah Pusat Internet didalam kluster yang terpilih, tujuan ia diadakan adalah untuk merapatkan lagi ukhwah petugas serta komuniti dengan majlis bacaan ini, memohon supaya Allah mempermudahkan segala urusan petugas berjalan lancar pada tahun 2018 ini.
 
Aktiviti
Majlis bacaan yassin, selawat keatas Nabi serta zikir-zikir menajat.
 
 
Tarikh : 20 / 12 / 2017
Masa : 2.30 petang -5.00 petang
Lokasi : Bilik Mesyuarat, Menara Alor Setar
Peserta

: 45 orang "JKKK MUKIM TOBIAR"

Tujuan

Tujuan majlis "MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL INTEL EASY STEP & SIJIL PENGHARGAAN AJK PENYELARAS PUSAT INTERNET BUKIT SEKECHONG SERTA TAKLIMAT DASHBOARD MYPLACE" ini diadakan iaitu untuk memberi penerangan kepada jkkk dan setiausaha mukim berkaitan dashboard myplace yang perlu dititikberatkan, seterusnya menghargai para Jkkk Mukim yang menyertai dengan komited Kelas/Latihan Intel Easy Step dan menghargai semua Jkkk Mukim yang memberi komitmen jitu kepada Pusat Internet Bukit Sekechong dalam pelbagai aktiviti.

Aktiviti

Disini Penghulu Mukim memberi penekanan agar semua Jkkk memanfaat Pusat Internet Bukit Sekechong dengan pelbagai aktiviti, serta didalam majlis ini penyampaian Sijil Intel Easy Step telah diberikan kepada 12 orang, iaitu Penghulu Mukim dan 11 orang Jkkk Mukim. Seterusnya sijil penghargaan kepada Jkkk Mukim yang dilantik sebagai AJK PENYELARAS PUSAT INTERNET 2017.

GAMBAR DISINI