LATAR BELAKANG DAERAH PENDANG
Terdapat sebelas daerah di negeri Kedah Darul Aman. Kesemua daerah- daerah dalam negeri boleh dikatakan bermotifkan pertanian sebagai sumber ekonomi yang utama. Walaubagaimapun, semakin hari sektor perindustrian semakin mendapat tempat di negeri ini. Antara salah satu daerah yang mempunyai pertumbuhan sektor pertanian ialah daerah Pendang. Daerah Pendang merupakan salah sebuah daerah dari sebelas daerah di Kedah yang telah diiktiraf dan diwartakan dalam Kerajaan Negeri Kedah pada 1hb. Februari 1957 sebagai sebuah daerah yang mempunyai pentadbiran tersendiri. Sebelum ini Pendang adalah sebuah daerah yang kecil (subdistrict) iaitu berada di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kota Star. Untuk informasi lebih mendalam, daerah Pendang mempunyai lapan mukim atau dengan kata lain di bawah satu pentadbiran daerah. Antara mukim tersebut ialah Ayer Puteh, Bukit Raya, Rambai, Tobiar, Padang Kerbau, Guar Kepayang, Padang Pusing, dan Padang Peliang. Setiap mukim ini ditadbir atau diwakili oleh seorang Penghulu Mukim. Penghulu ialah ketua yang bertanggungjawab menjaga kepentingan bagi seluruh mukim yang ditadbirnya sama ada dari segi sosial, ekonomi dan politik. Daerah pendang bersempadan dengan daerah Kota Setar di Utara, daerah Yan di Barat, daerah Pendang Terap di Timur Timur daerah Kuala Muda di Selatan. Keluasan Daerah Pendang ialah 62, 930 hektar atau 621, 185 km persegi.
1. LATAR BELAKANG MUKIM TOBIAR:-
Mukim Tobiar luasnya 40.4 km persegi bersempadan dengan Mukim Tualang di utara Mukim Guar Kepayang di selatan, Mukim Bukit Raya dan Tajar di Barat, Mukim Rambai dan Padang Kerbau di sebelah timur. Terdapat 22 buah kampung di mukim berkenaan. Nama asal Tobiar adalah daripada bahasa Siam yang bermaksud itu duit (tubiar). 
 

peta daerah 1pengenalan

Penghulu Mukim Tobiar:-

EN. MUHAMMAD BIN IBRAHIM

2. JUMLAH PENDUDUK DALAM DAERAH PENDANG:-
Mengikut sumber yang diperolehi dari jabatan perangkaan Malaysia Negeri Kedah Darul Aman bagi tahun 2007 jumlah penduduk bagi daerah Pendang ialah 109,404 orang.Berikut adalah jadual-jadual bagi menunjukkan pecahan penduduk mengikut mukim dalam daerah Pendang, kaum, dan peringkat umur.
a)      Pecahan penduduk mengikut mukim dalam daerah Pendang. 

 BIL 

 MUKIM

 LELAKI 

 PEREMPUAN 

 JUMLAH 

1

 AYER PUTIH

18,082

18,312

36,394

2

 BUKIT RAYA

7,817

7,945

15,762

3

 GUAR KEPAYANG

4,362

4,588

8,950

4

 PADANG KERBAU

6,102

6,054

12,156

5

 PADANG PELIANG 

3,304

3,366

6,670

6

 PADANG PUSING

6,021

6,087

12,108

7

 RAMBAI

5,106

5,010

10,116

8

 TOBIAR

3,627

3,621

7,248

 JUMLAH  KESELURUHAN 

54,421

54,983

109,404

Jadual1:pecahan penduduk mengikut mukim dalam daerah Pendang  

b)      Pecahan penduduk mengikut kaum dalam daerah Pendang

BIL

 KAUM

 LELAKI 

 PEREMPUAN 

 JUMLAH 

1

 MELAYU

47,346

48,128

95,474

2

 CINA

2,069

1,836

3,905

3

 INDIA

102

118

220

4

 LAIN-LAIN

4,576

4,520

9,096

 JUMLAH KESELURUHAN 

54,093

54,602

108,695

Jadual 2: Pecahan penduduk mengikut kaum dalam daerah Pendang