SEKOLAH KEBANGSAAN PENGHULU JUSOH (SKPJ)

 sk jusoh

Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh atau nama ringkasnya SK Penghulu Jusoh, merupakan Sekolah Kebangsaan yang terletak di Mukim Tobiar, Kedah. Terletak di Kampuang Kepala Bukit didalam Mukim Tobiar. Ianya juga menggunakan nama SK Tobair sebelum di tukar kepada SK Penghulu Jusoh pada tahun 1983. Menurut maklumat orang kampung, sekolah ini mula dibina pada tahun 1929 dimana hanya terdapat satu blok bangunan yang terdapat sehingga hari ini.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TOBIAR

sek men tobiaqqq 

Sekolah Menengah Kebangsaan Tobiar atau nama ringkasnya SMK TOBIAR, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Km 26, Jalan Kubor Panjang, Mukim Tobiar. Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tobiar memiliki 227 pelajar lelaki dan 195 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluhuran murid seramai 422 orang. Ia mempunyai seramai 35 orang guru.

MAKTAB MAHMUD PENDANG

maktab mahmud 

Maktab Mahmud Pendang terletak di Mukim Tobiar kini ditadbir urus oleh Puan Rafida Binti Ramli menggantikan Ustaz Thalal Mustafa yang berkhidmat dari tahun 2011-2012. Sebelum Ustaz Thalal ma`had ini diketui oleh beberapa orang lagi pengetua yang berdedikasi, antaranya Ustaz Halim dan Ustaz Shauki Bin Mohd Kassim. Ma`had ini terelatak di kawsan pendalaman dan suasananaya dihiasi dengan kehijauan pohon-pohon, ladang getah dan sawah padi yang terbentang indah menghijau di sekelilingnya. Guru-guru disini sangat baik dan comel-comel serta memainkan peranan sebagai murobbi. Disebabkan sekolah ini jauh dari hiruk pikuk bandar dan kenderaan berat, pelajar-pelajarnya sangat terdidik dengan suasana tarbiyah islami disini.