Tarikh : 13 / 12/ 2017
Masa : 2.00 petang - 3.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 1 orang peserta

Tujuan

Ia membantu peserta BUN ME A/L CHAT yang merupakan seorang usahawan dari Pusat Internet Bukit Sekechong untuk memudahkan beliau membuat proses pembayaran KWSP, melalui laman web KWSP dengan login ID sebagai majikan untuk pembayaran bulanan EPF kepada para pekerja Kedai Tayar beliau.

Aktiviti

Disini petugas hanya memberi sedikit tunjuk ajar langkah demi langkah untuk masuk web KWSP dengan login sebagai majikan dan mengikut step seterusnya sehingga ke login Cimbcliks unttuk pembayaran, ia memudahkan beliau untuk membuat pembayaran EPF kepada kepada pekerja tanpa perlu hadir ke Pejabat KWSP Alor Star.

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 08 / 12/ 2017
Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 1 orang peserta

Tujuan

Tujuan diadakan memudahkan para pelajar lepasan UPSR mahupun waris sendiri tahu bagaimana untuk semak dan masuk laman web tersebut dengan bantuan petugas samada pengurus atau penolong pengurus yang memberikan tunjuk ajar satu langkah demi langkah.

Aktiviti

WEBSITE (HOW TO APPLY SCHOOL SABK AND OTHERS) pelajar boleh cari dan memasuki sendiri laman we tersebut, ia memudahkan para pelajar untuk pengesahan tempat untuk belajar pada tahun 2018.

 GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 24 / 11/ 2017
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 814 orang peserta

Tujuan

Tujuan program ini diadakan bagi memperkenalkan Menarik Di Pendang yang diwujudkan melalui laman Facebook Pages yang memaparkan apa yang menarik di sekitar Daerah Pendang, samaada dari segi makanan, pertanian, perlancongan, dan sebagainya.

Aktiviti

Menarik Di Pendang dilancarkan bagi memperkenalkan kepada orang ramai mengenai apa yang menarik di Pendang. Menarik di Pendang ini dipromosikan untuk membantu usahawan - usahawan Pendang disamping dapat memperkenalkan Pendang. Program ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani iaitu Dato Seri Tajuddin Bin Abdul Rahman serta komuniti Daerah Pendang. 

 GAMBAR DISINI

Tarikh : 02 / 12/ 2017
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Lokasi : Mini Stadium Pendang
Peserta

: 100 orang peserta

Tujuan

Tujuan program ini diadakan untuk mempromosikan Pusat Internet  yang terdapat didaerah Pendang. Sekaligus mempromosikan keahlian dan kelas-kelas pembelajaran yang diadakan di Pusat Internet.

Aktiviti

Ia untuk memperkenalkan kepada orang ramai mengenai apa ada didalam Pusat Internet 1MalaysiaSelain itu,petugas juga memberi sedikit taklimat mengenai KDB dan Dashboard.Ini bagi mempromosikan dashboard komuniti kepada orang ramai Sempena Hari Kepenggunaan. 

 GAMBAR DISINI

 

 

Tarikh : 20 / 11/ 2017
Masa : 10.00 pagi - 12.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 9 orang peserta

Tujuan

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menguji kepantasan dan kepakaran perserta sekolah rendah dalam MICROSOFT WORD OFFICE. Didalam slot MICROSOFT WORD OFFICE (WORDS CHALLANGE) perserta diuji dari segi menghasilkan karangan rasmi mengikut kepantasan masa yang diberi selama 1 jam 30 minit mengikut soalan / arahan yang telah ditetapkan petugas.

Aktiviti

  Para peserta diuji dengan soalan diberikan dan diarah menjawap soalan itu mengikut kepantasan masa yang diberi selama 1 jam 30 minit  oleh petugas pi1m. Peserta juga diminta mencari contoh surat kiriman rasmi di google dan mengikut format surat kiriman rasmi tersebut untuk menjawap soalan tersebut.

 GAMBAR DISINI