Terdapat beberapa aktiviti wanita di Bukit Sekechong, Mukim Tobiar ini antaranya projek amanah ikhtiar di kampung ini yang disertai oleh golongan wanita yang diadakan pada setiap hari isnin di dewan kampung Kepala Bukit bersebelahan dengan Pejabat Penghulu dan Perpustakaan Desa. Projek ini membolehkan mereka meminjam wang daripada Amanah Ikhtiar untuk memulakan atau membesarkan perniagaan mereka. Pinjaman ini bergantung dengan tahap yang mampu dibayar oleh setiap peserta.

Seseorang guru dari Amanah Ikhtiar akan ditugaskan untuk mengutip wang oleh para peserta setiap kali perjumpaan mereka. Apabila wang diterima guru ini akan sentiasa mengawasi dan membimbing peserta tersebut untuk menggunakan wang mereka. Terdapat juga golongan wanita yang tidak menyertai Amanah Ikhtiar membuat perniagaan secara kecil-kecilan seperti membuat kerepak pisang, kuih meneram dan kerepek ubi untuk dihantar ke kedai-kedai sekitarnya.

Diantara aktiviti yang mereka jalankan:-

- Majlis bacaan yassin rumah ke rumah

- Kelas memasak

- Kelas mengaji al-quran

- Mesyuarat kampung

- Gotong Royong

AKTIVITI 1 : PROGRAM KELAS MEMASAK JIRAN WANITA BERSAMA KRT KG KEPALA BUKIT 

 80410205 587983271963163 6125228821340749824 n    79923858 587983215296502 1933617413648023552 n

 AKTIVITI 2 : BENGKEL MEMBUAT ROTI JIRAN WANITA BERSAMA KRT KG KEPALA BUKIT

76784431 575255443235946 799659448078434304 o    78486467 575255963235894 45153781456830464 o