Tarikh : 01 / 02 / 2018
Masa : 3.00 petang - 05.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 2 orang

 

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih golongan pelajar menengah atas di dalam masyarakat setempat. Latihan ini diadakan adalah bertujuan untuk membiasakan para pelajar dengan perkembangan teknologi pada abad ini. Latihan ini juga memberi fokus kepada cara bagaimana menyediakan sebuah laman web yang ringkas walau hanya menggunakan perisian MICROSOFT OFFICE POWERPOINT. Antara objektif latihan ini adalah melatih pelajar untuk berfikiran secara kreatif dan sentiasa maju ke hadapan. Latihan ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh petugas.

Aktiviti

Peserta diminta membangunkan sebuah portal yang ringkas dengan menggunakan perisian MICROSOFT OFFICE POWERPOINT.

GAMBAR DISINI


 

 

Tarikh : 29 / 01 / 2018
Masa : 10 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah khusus untuk melatih golongan usahawan di dalam masyarakat setempat. Latihan yang diberikan ini adalah untuk melatih golongan usahawan di dalam komuniti ini supaya sentiasa pandang ke hadapan dalam memasarkan produk mereka. Objektif kelas latihan ini diadakan adalah untuk membantu golongan usahawan ini sentiasa celik IT dalam memasarkan produk mereka. Kelas latihan ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh petugas.

Aktiviti

Peserta diminta untuk memasarkan produk di dalam laman web "https://www.mybazar.com".

 
 
Tarikh : 19 / 01 / 2018
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 3 orang

 

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar di peringkat rendah di dalam masyarakat setempat. Latihan ini adalah bertujuan untuk menguji para pelajar dalam menaip setiap perkataan yang diberi dalam masa yang terpantas. Objektif latihan ini adalah untuk memahirkan para pelajar dengan penggunaan perkataan di dalam bahasa Inggeris. Latihan ini telah dijalankan oleh petugas kepada para pelajar di dalam masyarakat setempat.

Aktiviti

Para pelajar diminta menaip setiap perkataan yang diberi tanpa kesalahan dan perlu menyiapkannya dalam masa yang terpantas.

 
 
Tarikh : 20 / 01 / 2018
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 3 orang

 

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih golongan siswa dan siswi di dalam masyarakat setempat. Latihan ini diadakan bertujuan untuk memahirkan golongan ini di dalam penggunaan MICROSOFT OFFICE POWERPOINT. Latihan ini adalah untuk melatih golongan ini supaya berfikiran secara kreatif dan inovatif dalam menyiapkan tugasan yang diminta oleh tenaga pengajar institusi mereka. Latihan mengenai penggunaan MICROSOFT OFFICE POWERPOINT ini dijalankan oleh petugas kepada golongan siswa dan siswi di dalam masyarakat setempat.

Aktiviti

Peserta diminta mencari maklumat mengenai sesuatu ideologi di dalam silibus matapelajaran mereka. Kemudian mengolahkan kefahaman mereka ke dalam bentuk pembentangan dengan menggunakan MICROSOFT OFFICE POWERPOINT.

 
 
Tarikh : 19 / 01 / 2018
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 3 orang

 

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar di peringkat rendah di dalam masyarakat setempat. Latihan ini adalah bertujuan untuk memahirkan para pelajar dalam membezakan penggunaan ayat "past tense" dan "present tense" yang digunakan di dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Para pelajar ini juga didedahkan dengan penggunaan grammar yang betul dengan sukatan yang berkonsepkan kepada e-pembelajaran. Latihan ini telah dijalankan oleh petugas  kepada para pelajar di dalam masyarakat setempat.

Aktiviti

Para pelajar diberi latihan yang berkonsepkan kepada e-pembelajaran. Kemudian mereka diminta menjawab soalan tersebut dalam tempoh yang ditetapkan.