Kubur Panjang ia terletak di Mukim Rambai, Daerah Pendang. Sehingga kini tiada siapa tahu mengapa dan bagaimana batu nesan itu boleh `bergerak' dari tempat asalnya hingga menambah ukuran panjang kubur itu. Kubur misteri yang dikelilingi banyak kubur lain di tanah wakaf seluas 0.4 hektar di tepi jalan utama itu pernah menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara yang ingin melihat keganjilannya. Dulu ada penduduk membina batu penghalang di sekliling kubur itu, tetapi ia kini tertimbus akibat hakisan tanah, namun sepasang batu nesannya masih utuh.
Menurut cerita lisan orang tua sebelumnya, kubur panjang itu ada kaitan dengan janji tidak ditepati. Lebih 200 tahun lalu dua beradik yang berasal dari Pattani, Thailand telah berhijrah ke Kampung Budi di Mukim Lesong kita-kira 10 kilometer dari Kubur Panjang. Dua beradik tersebut mempunyai ilmu kebatinan dan guru silat yang disegani sehingga salah seorang daripadanya dilantik menjadi ketua kampung. Berdasarkan cerita dua beradik tersebut rajin bercucuk tanam dan bersawah sehingga mampu mengumpul harta yang banyak.
Setiap kali selepas musim menuai penduduk mengadakan pertandingan menyabung ayam dan lokasi paling popular untuk kegiatan itu ialah di Kampung Mempelam Susu, di daerah sama. "Suatu hari pertandingan secara besar-besaran diadakan dan seorang penduduk berjaya menjadi juara selepas mengalahkan ayam sabung yang lain. Selepas kemenangan itu dua beradik dicabar supaya bertanding dengan juara berkenaan. Dua beradik yang masing-masing membawa ayam sabung itu enggan berlawan kerana tujuan asal ke situ hanyak untuk menyaksikan pertandingan itu sahaja, bagaimanapun selepas didesak penduduk akhirnya salah seorang daripadanya bersetuju berlawan. Akhirnya ayam salah seorang daripada dua beradik itu berjaya mengalahkan pencabar berkenaan dan selepas kemenangan itu orang ramai minta dua beradik itu bersabung ayam sesama sendiri. Setelah didesak akhir nya dua beradik tersebut setuju dengan syarat yang menang dilarang menyorak yang kalah.
Akhirnya ayam adik lelaki itu kalah dalam perlawanan tersebut, manakala abangnya yang terlalu gembira terlupa kepada perjanjian hingga bersorak kegembiraan bersama penonton yang menyaksikan perlawanan itu. Kerana malu, adiknya mencabut keris lalu menikam dada abangnya. Sebelum mati abangnya berpesan kepada adiknya supaya tolong menjaga anak dan isterinya dengan baik. Adiknya yang kesal dan sedih dengan kejadian itu bertindak membunuh diri dengan menikam dirinya menggunakan keris yang sama. Ketika mengusung jenazah untuk dikebumikan di Kampung Budi penduduk terkejut apabila kedua-dua jenazah tiba-tiba menjadi semakin berat sehingga penduduk berhenti rehat beberapa kali.
Penduduk yang tidak mampu mengusung jenazah adiknya mengkemumikannya di situ, manakala jenazah abangnya dibawa ke Kampung Budi untuk disemadikan. Apa yang menghairankan ialah apabila penduduk kampung menziarahi kubur adiknya pada keesokkan harinya batu nesannya berubah kedudukan hingga menjadikan kubur itu panjang. Malah satu ketika dulu jika kubur itu diukur ukurannya sering berubah-ubah sehingga menimbulkan rasa pelik di kalangan penduduk dan digelar sebagai Kubur Panjang sehingga kini. Apa yang berlaku boleh dijadikan iktibar iaitu manusia patut berpegang pada janji dan perlu hidup rukun damai.
Sumber : http://pdp-pmukimrambai.blogspot.my/p/sejarah-kubur-panjang.html
Pendang Lake Resort berlokasi 25 kilometer dari Bandaraya Alor Setar yang mengambil masa 20 minit perjalanan. Ia merupakan lokasi rekreasi yang strategik kerana lokasinya berdekatan dengan pekan Pendang iaitu sejauh 1 kilometer dan dari susur keluar Tol Pendang sejauh 3 kilometer.
Ia merupakan sebuah resort yang menawarkan penginapan selesa dengan harga berpatutan. Pemandangannya dikelilingi kawasan sawah padi yang pasti mewujudkan panaroma indah dan mendamaikan selain penggunaan landskap yang menghijau serta tasik yang luas dan tenang memberikan pengalaman indah alam semulajadi.
Antara aktiviti yang boleh dijalankan:
• Kursus motivasi / seminar
• Mesyuarat dan taklimat
• Aktiviti dan latihan dalam kumpulan (LDK)
• Percutian dan rekreasi bersama keluarga
• Aktiviti sukan air
• Aktiviti kembara
• Perkhemahan
• Hari keluarga
• Aktiviti lasak (Obstacle)
• Aktiviti memancing
• Aktiviti berkayak
• Kemudahan untuk campervan
Untuk tempahan dan keterangan lanjut, sila hubungi :
04-7583220 / 04-7583229
019-5796700 (EN.RASHID) / 019-5732500 (EN.SHUKRI)
ALAMAT : PENDANG LAKE RESORT,
06700 PENDANG ,
KEDAH DARUL AMAN.
Taman Reakrasi Pendang ini dibuka pada setiap hari kepada golongan masyarakat didaerah Pendang.
Taman ini terletak di Kawasan Pendang Lake Resort, kawasan taman ini mendapat kunjungan ramai pada setiap hari terutamanya hari minggu dan cuti umum.
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan disini contohnya joging, bersenamb dengan peralatan yang disediakan, menaiki kuda dan taman permainan kanak - kanak.
PENDANG WATERFORNT
https://www.facebook.com/pendangwaterfront/
CYCLING
RC BOAT
PENDANG EQUESTRIAN CENTRE
https://www.facebook.com/Pendang-Equestrian-Centre-147424079103758/?fref=ts
LADANG MEMPELAM TOBIAR GOLD (MUKIM TOBIAR)
Terletak di kawasan seluar 40 hektar di Mukim Tobiar, Pendang, Kedah. Ladang mempelam ini telah ditanam dengan 18 000 pokok mempelam dari klon chockanan. Anda boleh menikmati kelazatan buah mempelam yang segar terus dari ladang dan disamping menikmati keindahan dan ketenangan suasana ladang yang hijau.
Ladang ini juga dibuka untuk pelbagai aktiviti seperti lawatan Ladang (Berjalan, Berbasikal, & Menaiki Trem) petikan buah mempelam, memancing di kolam, latihan hands - on dan kemudahan untuk bermesyuarat. Disamping itu, para pengunjung juga boleh menikmati pemandangan indah dari atas sudut menara tinjau di ladang ini.
PENDANG LAKE RESORT (DAERAH PENDANG)
Pendang Lake Resort adalah salah satu tempat perlancongan yang terkenal di daerah Pendang yang terletak di kawasan Pekan Pendang dan berdekatan dengan Kolam MADA Pendang. Ia meliputi kawasan seluar kira - kira 30 ekar, dimana 20 ekar ialah tasik buatan manusia dan 10 ekar adalah kemudahan kawasan rekreasi.
Pendang Lake Resort dahulunya dikenali sebagai Rumah Rehat Pendang yang dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Daerah Pendang.Tetapi bermula dari 1 mac 2014, pusat pernginan da latihan ini telah diuruskan oleh Wasilah Bumi (m) Sdn. Bhd. Pendang Lake Resort menghidangkan kepada para pelancong dengan persekitaran yang menyegarkan, pemandangan yang cantik dan indah. Pendang Lake Resort menawarkan kemudahan yang menarik seperti bilik, dewan mesyuarat, dewan makan, trek halangan komando, flaying fox, trek senaman dan banyak lagi.
RIMBA REAKREASI BUKIT PERAK @ SUNGAI RAMBAI (DAERAH PENDANG)
Rimba Rekreasi Bukit Perak ialah pusat peranginan air terjun yang sesuai untuk aktiviti perkhemahan dan perkelahan. Rimba Rekreasi Bukit Perak mempunyai banyak kemudahan asas iaitu tempat meletak kenderaan, jalan bertar, tempat istirehat sekeluarga untuk untuk berkelah dan juga kemudahan tandas. Di Rimba Rekreasi Bukit Perak juga terdapat dua laluan untuk naik ke paras bukit iaitu laluan bertangga dan juga laluan bukit.
Antara keistimewaan Rimba Rekreasi Bukit Perak ialah mempunyai tempat yang lapang, sesuai untuk mandi - anda dengan air yang sejuk dari bukit dan air terjun yang selamat. Antara aktiviti yang sering dilakukan di Rimba Rekreasi Bukit Perak ialah aktiviti berbasikal, mendaki bukit, perkhemahan, merentas desa dan lain - lain lagi.