PERNIAGAAN MUDIM ZAKARIA

SOS CILI, KICAP & CUKA

Pengasas    : En Shaarani Binti Zakaria

No Fone     :  04-7846270/047046308

                      019-6296270

                      04-7846628 (FAX)

Email           : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Perniagaan :   No 26, Kg Jelutong,

                     Mukim Tobiar, 06700 Pendang,

                     Kedah Darul Aman.

Bermula dengan modal RM10,000 dan diuruskan dengan cekap dan efisyen hingga kini MudiM telah mencapai peningkatan esset kepada RM300,000. Selepas 20 tahun, MUDIM terus menghasilkan produk yang inovatif bagi memenuhi permintaan yang kompleks daripada pengguna sama ada dari dalam atau luar Negara.Perniagaan Mudim Zakaria ( MUDIM ) telah diasaskan oleh Tuan Haji Zakaria Arshad yang juga dikenali sebagai Mudim Zakaria. Bermula dengan perniagaan ubat - ubatan tradisional secara kecil - kecilan dikampung, perusahaannya bertambah maju dengan usaha gigih yang dilakukannya. Kemudian pada tahun 1987, beliau berjaya menambah barisan keluaran produknya dengan menjadi pengeluar kicap dan sos. Perkembangan dan kemajuan MUDIM juga turut dibantu oleh kesungguhan anak beliau iaitu En. Shaarani bin Zakaria yang telah dipertanggungjawapkan mengambil alih pengurusan syarikat.

Aktiviti utama MUDIM adalah sebagai pengilang/pengeluar kicap, sos cili dan cuka, serta mempromosikan produk keluaran syarikat dan mengagihkannya ke dalam pasaran. Pada awal tahun 2005, MUDIM telah mula memasarkan produk keluarannya ke negeri-negeri di seluruh Malaysia yang mana sebelum itu hanya meliputi negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Dengan strategi pemasaran yang dipertingkatkan melalui pengalaman lalu, kemajuan teknologi serta kepakaran, kawalan kualiti produk keluaran syarikat dan pengurusan pengagihan produk yang cekap, MUDIM kini lebih berkeyakinan untuk menembusi pasaran industri makanan, bukan hanya pasaran tempatan malah pasaran luar negara. Ini terbukti, apabila MUDIM telah berjaya membuat promosi produk keluarannya ke London, United Kingdom dan Arab Saudi.  

56786148 2766106463405916 1760492732259762176 o