SELAMAT DATANG KE PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi)
Pusat Ekonomi Digital mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. Pusat Ekonomi Digital (PEDi) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
OBJEKTIF PENUBUHAN:
- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
- Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti
yang dijalankan di Pusat Internet Komuniti.
- Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat
kerajaan.
- Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
PEDi Bukit Sekechong menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
-
-
- Pengenalan asas komputer
-
- Asas internet
-
- Multimedia (Adobe)
-
- Editing video
-
- Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
-
- Desktop publishing seperti Microsoft Office
-
- Latihan keusahawanan
-
- Pembelajaran dalam talian
-
JUMLAH KEAHLIAN :
PEDi Bukit Sekechong telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2014. Ramai yang telah mendaftarkan diri menjadi ahli dengan PI Bukit Sekechong bagi mendapat perkhidmatan yang telah di sediakan ini. Jumlah keahlian terkumpul sehingga kini adalah
AHLI LAMA |
883 Orang |
KESELURUHAN PADA 31 Mei 2022 | 883 Orang |
KENALI PETUGAS PEDi :
Pengurus :
Puan Nor Adiyaton Adha Binti Che Ani
016-5569498
Mula berkhidmat pada :- 11 Januari 2010
Penolong Pengurus :
Cik Nurul Farhana Binti Nordin
018-4695769
Mula berkhidmat pada :- 2 Jun 2022
KENALI MAKLUMAT LANJUT PEDi :
EMAIL : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
PORTAL : http://sekechong.pjk.com.my/
FACEBOOK : https://www.facebook.com/PI1MBUKITSEKECHONG
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Pusat-Internet-Kg-Bukit-Sekechong-185228582129610
ALAMAT PIK :- NO.5, Rumah Kedai Simpang 3 Bukit Sekechong, Mukim Tobiar, 06700 Pendang, Kedah Darul Aman.