Tarikh : 22 / 12 / 2018
Masa : 7.30 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 68 orang

Tujuan

Tujuan adalah untuk memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat, mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti Kampung, agensi, Jkkk, dan NGO untuk mewujudkan komuniti sihat serta mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

Aktiviti

Di dalam Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet pelbagai aktiviti dianjurkan diantaranya:-

- Pendaftaran Ahli Baru

- Advokasi Mobile E-Waste

- Pertandingan Nujum Ajaib (Teka Berat)

- Senam Aerobik

- Pemeriksaan Kesihatan MyHealth (Check BP, Bacaan Glukosa)

- Advokasi Klik Dengan Bijak

- Pertandingan Mewarna (Poster Gaya Hidup Sihat)

- Ceramah Kesihatan Dan Keselamatan (Penjagaan Kesihatan Wakil Kospen Kg Kepala Bukit “En Khali Abdl Alim Bin Ahmad”

- Penyediaan Menu Sihat (Healthy Eating For Life)

- Kuiz Online Gaya Hidup Sihat (Quizizz)

- Kuiz Online Dashboard (Quizizz)

- Myplace (Location Tag)

- Mykomuniti (Article Contest)

- Myshop (Contest Healty Product)

 

GAMBAR DISINI


 

Tarikh : 18 / 12 / 2018
Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 4 orang

Tujuan

Tujuan adalah untuk memastikan pelajar dari kalangan komuniti mukim Tobiar ini dapat mengisi PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH secara dalam talian mengikut sekolah pilihan merekaIa telah dibantu dengan jayanya oleh petugas.

Aktiviti

Di dalam slot ini, pelajar telah memohon secara dalam talian untuk KEMASUKAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH mengikut sekolah pilihan mereka. Terdapat pelbagai sekolah berasrama penuh yang boleh dipilih dan dipohon oleh pelajar tingkatan 3 yang telah tamat PT3 dengan aliran bersesuaian dan minat mereka.

GAMBAR DISINI


 

Tarikh : 10 / 12 / 2018
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 2 orang

Tujuan

Tujuan adalah untuk membantu para pelajar tingkatan 4 yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Ia bertujuan untuk memahirkan para pelajar dalam penggunaan aplikasi MICROSOFT OFFICE WORDS dan GOOGLE SEARCH dengan membantu mereka mencari kata-kata semangat dalam bahasa english, oleh kerana pada awal januari mereka akan masuk bertanding dalam satu pertandingan di sekolah. Ia telah dikendalikan dengan jayanya oleh petugas.

Aktiviti

Di dalam slot ini, para pelajar dibantu oleh petugas membantu pelajar mencari kata-kata semangat yang beretika dan memberi mesej yang baik apabila orang memyebut dan mendengarnya sebagainya. Selain itu, pelajar ini juga mempratikkannya dengan gaya percakapan berin tonasi serta melihat beberapa video contoh dari laman youtube.

GAMBAR DISINI


Tarikh : 14 / 12 / 2018
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Pagi
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 4 orang

Tujuan

Tujuan adalah untuk memastikan empat orang peserta dari kalangan komuniti mukim Tobiar ini dapat menyemak status PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB MAHMUD KEDAH DARUL AMAN DAN MAAHAD TAHFIZ SAINS DARUL AMAN secara dalam talianIa telah dibantu dengan jayanya oleh petugas.

Aktiviti  http://www.maktabmahmud.edu.my/login/

Di dalam slot ini, pelajar telah menyemak secara dalam talian untuk status permohonan yang telah dipohon oleh pelajar tahun 6 yang telah tamat dan mendapat keputusan UPSR. Bagi pelajar yang tidak berjaya boleh membuat rayuan dengan kadar segera dengan bantuan petugas. 

GAMBAR DISINI


Tarikh : 4 / 12 / 2018
Masa : 9.30 petang - 11.30 pagi
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 01 orang

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih usahawan yang berada di kalangan komuniti Tobiar terutamanya golongon surirumah untuk meningkatkan pendapatan bulanan mereka untuk menyara keluarga. Didalam slot latihan keusahawanan ini, petugas memberi tunjuk ajar kepada usahawan berkaitan pemasaran produk dalam talian. 

Aktiviti : 

Di dalam slot ini, petugas memberi pendedahan cara-cara untuk usahawan memasukkan produk kedalam sistem dashboard "myshop" bagaimana untuk membuat huraian ayat promosi, dari segi harga produk, gambar produk dan sebagainya.

GAMBAR DISINI