Tarikh : 21 / 02 / 2019
Masa : 11.00 tengahari - 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 1 orang

Tujuan

Tujuan adalah untuk membantu golongon wanita ataupun surirumah  yang berada di dalam komuniti di Tobiar ini mempunyai keinginan untuk belajar menguasai kemahiran dalam penggunaan komputer samada dari segi asas sehingga mahir. Kelas sesi satu ini diadakan pada hari rabu dan khamis pada samada sesi pagi dan petang. Kelas sesi ini, petugas memberikan penerangan cara bagaiman untuk membuat article seperti akhbar yang mempunyai 3 lajur ataupun column  Ia telah dikendalikan dengan jayanya oleh petugas.

Aktiviti

Di dalam slot ini, petugas memberi tugasan menaip satu article yang mempunyai 3 column peserta diminta membuat article seperti akhbar yang mempunyai 3 lajur,  berdasarkan teks yang diberi.

 GAMBAR DISINI 


 

Tarikh : 22 / 02 / 2019
Masa : 9.30 Pagi - 11.00 Pagi
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 1 orang

Tujuan

Tujuan adalah untuk memastikan pengguna dari kalangan komuniti mukim Tobiar ini dapat mengisi PERMOHONAN BERKAHWIN SECARA ONLINE. Ia telah dibantu dengan jayanya oleh petugas.

Aktiviti   http://www.sppim.gov.my/sppim/online/new

Di dalam slot ini, pengguna telah mengisi secara dalam talian BORANG KAHWIN ONLINE. Pengguna perlu mengisi 4 ruangan maklumat termasuk maklumat bakal pengantin lelaki, bakal pengantin perempuan, maklumat wali dan maklumat perkahwinan. 

GAMBAR DISINI


 WEBSITE (PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN ONLINE 2019)

Tarikh : 16 / 02 / 2019
Masa : 10.00 Pagi -  12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 5 orang

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih pelajar dikalangan sekolah rendah yang berada di dalam komuniti di mukim Tobiar ini. Latihan pembelajaran ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar ini dengan penggunaan medium pembelajaran dengan menggunakan komputer. Objektif latihan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu teknologi dan siber seterusnya memperkembangkan lagi daya pemikiran para pelajar. Latihan ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh petugas didalam slot latihan matematik menggunakan web https://www.sifirdarab.com/?.

Aktiviti : 

Di dalam slot ini, sifirdarab.com ini dapat membantu pelajar belajar dengan mudah dapat membuat latihan bagi semua sifir. Soalan aritmetik jelas dan mudah supaya pelajar boleh mula berlatih sifir dengan segera. Pelajar cuma perlu pilih salah satu sifir darab yang  mahu buat daripada senarai diberikan dan tunjukkan kebolehan dalam ujian kepantasan atau cetak lembaran kerja yang terdapat diweb tersebut.

GAMBAR DISINI


 

 

 

Tarikh : 20 / 02 / 2019
Masa : 10.00 Pagi -  11.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 1 orang

Tujuan

Aktiviti yang dijalankan dalam sesi ini adalah pengguna mengemaskini bantuan sara hidup (BSH) serta permohonan yang baru. Aktiviti ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh petugas d

Aktiviti : 

Di dalam aktiviti ini, pengguna diberi penerangan ringkas berkaitan  yang wajib dimuatnaik ke laman web BSH 2019 untuk kemaskini permohonan dan permohonan baru. Disini petugas membbantu pengguna menyediakan dokumen diimbas ataupun disebut scan serta memberi tunjuk ajar tentang cara pengisian maklumat didalam laman web BSH dengan betul, agar segala maklumat yang  diberikan berjaya dihantar samada kemaskini mahupun permohonan baru.

GAMBAR DISINI


 

 

Tarikh : 14 / 02 / 2019
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 2 orang

Tujuan

Tujuan adalah untuk memudahkan golongan belia di kawasan sekitar PI ini yang ingin membuat permohonan perkerjaan. Hal ini kerana, portal jobsmalaysia ini banyak membantu semua golongan dalam pencarian untuk permohonan perkerjaan dalam pelbagai sektor.

Aktiviti

Di dalam slot ini, petugas memberi tugasan penerangan cara pengisian dan permohonan perkerjaan didalam portal jobsmalaysia kepada golongan belia ini, ia bagi membantu mempermudahkan mereka.

GAMBAR DISINI