Tarikh : 04 / 04 / 2019
Masa : 3.30 Petang -  4.30 Petang
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 1 orang

Tujuan

Tujuan adalah untuk membantu pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia yang berada di dalam komuniti di mukim Tobiar ini. Pembelajaran online ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar ini dengan penggunaan medium pembelajaran interaktif di dalam proses pembelajaran mereka. Ia memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu teknologi dan siber seterusnya memperkembangkan lagi intelektual pelajar. Latihan ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh petugas didalam quizizz astronomy.

Aktiviti : 

Di dalam slot ini, memilih setiap soalan quizziz astronomy yang ingin dijawabnya, diantaranya seperti https://quizizz.com/admin/quiz/56c5e3d3547aba3d0585d0f9/our-solar-system.

GAMBAR DISINI


 

Tarikh : 30 / 03 / 2019
Masa : 10.30 Pagi - 11.30 Pagi
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 1 orang

Tujuan

Tujuan adalah untuk memastikan pengguna dari kalangan komuniti mukim Tobiar ini dapat mengisi PERMOHONAN PENDAFTARAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN) CALON PERSENDIRIRAN SECARA ONLINE. Ia telah dibantu dengan jayanya oleh petugas.

Aktiviti   http://sppat2.moe.gov.my/cp/spmu/epIndex.asp

Di dalam slot ini, pengguna telah mengisi secara dalam talian PERMOHONAN PENDAFTARAN SPMU. Pengguna perlu mengisi dan mencetak dokumen untuk pengesahan pendaftaran serta membuat bayaran yuran peperiksaan dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh membuat dan menghantar permohonan secara online  . 

GAMBAR DISINI


Tarikh : 19 / 3 / 2019
Masa : 3.00 Petang - 05.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 2 orang

Tujuan

Tujuan adalah untuk memudahkan golongan belia di kawasan sekitar PI ini yang ingin membuat permohonan perkerjaan. Hal ini kerana, portal SPA8i ini  membantu semua golongan dalam permohonan perkerjaan mengikut kesesuaian kelayakan dan akademik mereka

Aktiviti

Di dalam slot ini, petugas memberi tugasan penerangan cara pengisian dan permohonan perkerjaan didalam portal SPA8i kepada golongan belia ini, ia bagi membantu mempermudahkan mereka.

GAMBAR DISINI


 

Tarikh : 24 / 03 / 2019
Masa : 8.00 Pagi - 2.00 Petang
Lokasi : Perpustakaan Desa Paya Mak Inson
Peserta

: 80 orang

Tujuan

Tujuan adalah untuk mempromosikan Perpustakaan Desa dan Pusat Internet kepada semua pengunjung yang hadir tidak mengira peringkat umur dan pelbagai kaum. Ia telah dikendalikan dengan jayanya oleh petugas daripada kedua-dua pihak.

Aktiviti

Program ini berlansung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang amat mengalakkan. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh Perpustakaan Desa Paya Mak Inson dan di booth Pusat Internet Kluster Pendang :- 

  • Pusat Internet
    - Mempromosikan Pusat Internet
    - Dashboard komuniti
    - Klik Dengan Bijak (KDB)
  •  - Pemeriksaan Tekanan Darah dan Bacaan Glukosa (PERCUMA)
  • - Kuiz ICT dan Kuiz KDB
  • Pihak Penganjur
    - Kempem Kitar Semula – Kraftangan Bahan Terbuang
    - Mewarna Kanak-kanak dan Dewasa
  • - Cabutan Bertuah
  • - Roda Ilmu
  • - Library Hunt
  • - Pertunjukan Boneka

Agensi yang terlibat

  • 1) PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH - Pertunjukkan Boneka 
  • 2) TABUNG HAJI - Daftar Haji / Kemaskini Akuan & Buka Akaun
  • 3) PEJABAT PENERANGAN - Pameran mengengai Jabatan Penerangan
  • 4) LPPKN - Pemeriksaan Pep Smear / Memogram / HPV
  • 5) AR- RAHNU - Cuci Emas Percuma / Daftar Simpanan Akikah & Korban
  • 6) PUSAT SAINS NEGARA – Aktiviti berkaitan Sains

GAMBAR DISINI


 

Tarikh : 17 / 3 / 2019
Masa : 9.00 Pagi - 01.00 petang
Lokasi : HANTURBO SPIRIT No 1, Taman Harmoni,                       Pekan Tanah Merah, 06700 Pendang, Kedah Darul Aman.
Peserta

: 150 orang

Tujuan

Karnival Kerjaya Kemahiran dan Keusahawanan Insan Istimewa (OKU) Peringkat Negeri Kedah 2019 ini diadakan adalah untuk membantu golongan orang kurang upaya (OKU)  mengikuti program latihan kemahiran dalam pelbagai bidang mengikut kemahiran dan kemampuan yang mereka miliki bagi menjana pendapatan melalui aktiviti perniagaan dan keusahawanan.

Aktiviti

Diantara akitiviti yang dijalankan adalah perasmian Karnival Kerjaya, Kemahiran dan Keusahawanan Insan Istimewa (OKU) Peringkat Negeri Kedah 2019 dirasmikan oleh YB Dato’ Mahfuz Bin Omar merupakan Timbalan Menteri Sumber Manusia Merasmikan  bertempat  di Hanturbo Spirit, Taman Harmoni, Pekan Tanah Merah, 06700 Pendang Kedah, Darul Aman. Didalam karnival ini juga terdapat pelbagai program anjurkan:-


1. Temuduga terbuka daripada pelbagai sektor swasta

2. Pameran Agensi (Mara, Tekun, ILP)

3. Jualan Produk OKU 

4. Pameran hasil karftangan daripada pelajar OKU Merbok

Seterusnya Pusat Internet Kluster Pendang telah mengadakan pameran dan mengajurkan pelbagai aktiviti bagi mempromosikan PI, dashboard komuniti serta mempromosikan Klik Dengan Bijak (KDB) kepada pengunjung. Aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti pemeriksaan tekanan darah dan glukosa secara percuma, kuiz ICT dan Kuiz KDB.

GAMBAR DISINI