Tarikh : 26 / 11 / 2018
Masa : 9.15 Pagi-  11.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 2 orang

 

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar calon SPM 2018 yang berada di dalam komuniti di kawasan Tobiar ini. Latihan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar ini dengan penggunaan medium internet di dalam proses pembelajaran mereka. Objektif latihan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu teknologi dan siber seterusnya memperkembangkan lagi intelektual pelajar. Latihan ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh petugas didalam slot portal TUTOR PENDIDIKAN UTUSAN untuk subjek SAINS Kertas 1 dan Kertas 2. 

Aktiviti : http://www.tutor.com.my/

Di dalam slot ini, pelajar diberikan pilihan untuk mengulangkaji subjek sains secara dalam talian. Petugas memberi masa yang bersesuaian untuk menjawab soalan yang tersedia di web tersebut. 

GAMBAR DISINI


 

 

Tarikh : 22 / 11 / 2018
Masa : 3.00 Petang-  5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 1 orang

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar sekolah rendah yang berada di dalam komuniti di kawasan Tobiar ini. Latihan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar ini dengan penggunaan medium internet di dalam proses pembelajaran mereka. Objektif latihan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu teknologi dan siber seterusnya memperkembangkan lagi intelektual pelajar. Latihan ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh petugas didalam slot proprof matematik tahap rendah.

Aktiviti : https://www.proprofs.com/quiz-school/story.php?title=grade-5-math

Di dalam slot ini, pelajar diberikan pilihan untuk menjawab didalam bahasa Melayu atau Inggeris mengikut tahap kemampuan mereka. Petugas memberi masa yang bersesuaian untuk menjawab soalan yang tersedia di web tersebut. 

GAMBAR DISINI


Tarikh : 15 / 11 / 2018
Masa : 2.30 Petang - 04.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 6 orang

Tujuan

Tujuan adalah untuk membantu para pelajar tingkatan 2 yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Ia bertujuan untuk memahirkan para pelajar dalam penggunaan aplikasi MICROSOFT OFFICE WORDS dengan membantu mereka menghasilkan kerja kursus berkaitan keadaan geografi berdekatan tempat tinggal mereka. Ia telah dikendalikan dengan jayanya oleh petugas.

Aktiviti

Di dalam slot ini, para pelajar dibantu oleh petugas memasukkan untuk memilih design tulisan untuk halaman muka depan Folio mereka, text yang formal, memasukkan gambar, membuat carta dan sebagainya.

GAMBAR DISINI


 

Tarikh : 16 / 11 / 2018
Masa : 11.00 Pagi - 12.00 Pagi
Lokasi : Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 3 orang

Tujuan

Tujuan adalah untuk memastikan tiga orang peserta dari kalangan komuniti mukim Tobiar ini dapat mengisi PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH secara dalam talianIa telah dibantu dengan jayanya oleh petugas.

Aktiviti

Di dalam slot ini, pelajar telah memohon secara dalam talian untuk KEMASUKAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH. Terdapat pelbagai sekolah berasrama penuh yang boleh dipilih dan dipohon oleh pelajar tingkatan 3 yang telah tamat PT3.

GAMBAR DISINI


Tarikh : 10 / 11 / 2018
Masa : 8.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : Taman Sri Puteh, Pendang
Peserta

: 30 orang

Tujuan

Tujuan adalah untuk mempromosikan Klik Dengan Bijak dan Dashboard Komuniti kepada semua pengunjung yang hadir tidak mengira peringkat umur dan pelbagai kaum. Ia telah dikendalikan dengan jayanya oleh petugas.

Aktiviti

Program ini berlansung dengan jayanya dengan mendapat sambutan yang amat mengalakkan. Di dalam slot ini, pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh Pusat Internet dan Majlis Daerah Pendang (MDP):- 

Pusat Internet
- Teka Silang Kata ICT
- Teka Silang Kata Klik Dengan Bijak 
- MyHealth Dashboard

Pihak Penganjur
- Kempem Kitar Semula
- Hari Bertemu Pelanggan MDP/ Kaunter Bergerak MDP

GAMBAR DISINI