Tarikh | : 09 / 10 / 2024 |
Masa | : 09.00 Pagi - 01.00 Petang |
Lokasi | : SMK Sungai Tiang |
Peserta |
: 320 orang |
Tujuan
Tujuan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai taklimat perlindungan kanak-kanak. Melalui taklimat ini diharapkan para pelajar dapat mengetahui akta-akta dan perlidungan yang ada untuk melindung mereka dari sebarang perkara yang tidak di ingini . Selain itu, untuk menyampaikan fungsi NADI, di samping dapat mengeratkan hubungan Petugas NADI bersama Pihak Pengurusan Sekolah.
Aktiviti
Di dalam slot ini, para pelajar diberi penerangan terlebih dahulu oleh petugas NADI.
Antara aktiviti yang dijalan ialah :
Taklimat "Perlindungan Kanak-kanak" oleh Penolong Pengarah MCMC Negeri Kedah
Taklimat NADI oleh Pengurus NADI Kubur Panjang
Pameran Agensi oleh PDRM, AADK dan JKM