USAHAWAN JAHITAN LANGSIR DAN PAKAIAN

NAMA MASHITOH BINTI SHAARI
UMUR : 40 TAHUN
AHLI : 2018


Latar Belakang

Pn. Mashitoh Binti Shaari merupakan seorang usahawan kecil, beliau mempunyai 3 orang anak. Beliau adalah anak kelahiran Kampung Kuala Lanjut, Mukim Lesong. Pendidikan pertama beliau adalah di Tabika Kemas Pokok Sena, Sekolah Kebangsaan Pokok Sena, seterusnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena dengan mengambil PMR dan SPM. Oleh kerana, minat yang mendalam serta bakat beliau dalam bidang jahitan beliau membuka kedai kecil-kecilan untuk dapat menambah pendapatan bagi membantu suami beliau. Beliau sentiasa mempromosikan barangan jualan ini kedalam facebook, wassap dan Instagram.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum beliau melibatkan diri dengan Pusat Internet Bukit Sekechong, beliau tidak tahu cara untuk membuat promosi bagaimana cara dan langkah yang betul. Malahan  kurang menerima tempahan daripada pelanggan.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan

Melalui kelas latihan intel, keusahawanan, myshop dashboard dan pelbagai kelas dianjurkan yang dibimbing oleh para Petugas Pusat Internet Bukit Sekechong, dalam urusan perniagaan beliau dan cara mempromosikannya didalam facebook serta instagram.  Perniagaan jahitan beliau mula mendapat sambutan dan daripada penduduk setempat dan luar. Beliau sering datang ke pusat internet memohon petugas memberikan tunjuk ajar sekiranya beliau ingin membuat sesuatu promosi, serta meminta pandangan dan pendapat untuk meningkatkan mutu perhikmatan. Kebanyakkan orang mengetahui perniagaan beliau melalui facebook, Instagram, wassap dan sebagainya Keuntungan beliau sebulan mencecah RM1000.00. Setelah penglibatan beliau dengan Pusat Internet jualan yang amat memberansangkan lagi dengan beliau mempraktikkan apa yang telah diberi tunjuk ajar.

MASHITOH


USAHAWAN PERBIDANAN DAN URUTAN TRADISIONAL

NAMA ZARINA BINTI BAKHORI
UMUR : 45 TAHUN
AHLI : 2017


Latar Belakang

Zarina Binti Bakhori merupakan seorang ibu tunggal, mempunyai 4 orang anak. Beliau adalah anak kelahiran Kampung Lahar Buaya, Mukim Padang Pusing. Pendidikan pertama beliau adalah di Taski Abim Masjid Hampar Kiri Pendang, Sekolah Kebangsaan Pendang, seterusnya di Sekolah Menengah Agama Taufikiah Al-khairiyah ataupun lebih dikenali dengan Pondok Pak Ya dengan mengambil PMR, SMRA dan SPM. Oleh kerana, minat yang mendalam serta bakat beliau dalam bidang perbidanan dan urutan tradisional disamping dapat menambah pendapatan untuk beliau menyara keluarganya dengan status beliau sebagai ibu tunggal. Beliau sentiasa mempromosikan barangan jualan ini kedalam facebook, wassap dan Instagram serta membuka booth pameran yang dianjurkan oleh Risda.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum beliau melibatkan diri dengan Pusat Internet Bukit Sekechong, beliau tidak tahu cara untuk membuat promosi bagaimana cara dan langkah yang betul. Malahan Spa perbidanan dan urutan tradisional  beliau kurang mendapat sambutan.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan
 

Melalui kelas latihan intel, keusahawanan, myshop dashboard dan pelbagai kelas dianjurkan yang dibimbing oleh para Petugas Pusat Internet Bukit Sekechong, dalam urusan perniagaan produk jualan beliau dan cara mempromosikannya didalam facebook serta instagram.  Spa perbidanan dan urutan tradisional  beliau mula mendapat sambutan dan tempahan slot daripada penduduk setempat dan luar. Beliau sering datang ke pusat internet memohon petugas memberikan tunjuk ajar sekiranya beliau ingin membuat sesuatu promosi, serta meminta pandangan dan pendapat untuk meningkatkan mutu perhikmatan Spa perbidanan dan urutan tradisional  dan sebagainya. Kebanyakkan orang mengetahui perniagaan beliau melalui facebook, Instagram, wassap dan sebagainya. Malahan Jualan  produk  bengkung, Sarung tungku, barut bayi, minyak bidara, herba mandian bersalin dan banyak lagi n yang beliau usahakan amat memberansangka, yang paling laris adalah  minyak bidara, herba mandian bersalin.  Keuntungan beliau sebulan mencecah RM1000.00. Setelah penglibatan beliau dengan Pusat Internet jualan yang amat memberansangkan lagi dengan beliau mempraktikkan apa yang telah diberi tunjuk ajar.

RINA KORI

 


 

CELIK IT - NOR SYIFA ELISS BIN ARJMI

NAMA NOR SYIFA ELISS BIN ARJMI
UMUR : 14 TAHUN
AHLI : 2018


Latar Belakang

Nor Syifa Eliss Binti Arjmi merupakan seorang pelajar tingkatan 2 yang penuh berdedikas, komited dan pintar orangnya. Beliau merupakan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tobiar. Beliau mempunyai 3 adik-beradik, Danial Putra adalah merupakan anak sulung. Semangat beliau untuk mempelajari kelas-kelas komputer yang dianjurkan oleh Pusat Internet Bukit Sekechong sangatlah tinggi dan mendalam. Beliau menghadiri kelas komputer yang diadakan pada setiap hari khamis, jumaat dan sabtu mengikut jadual yang disusun oleh Pusat Internet. Pada asalnya beliau boleh dikatakan buta IT tetapi setelah menghadiri kelas-kelas yang diadakan di Pusat Internet beliau merupakan seorang yang mahir dalam penggunaan komputer. Beliau selalu hadir mengikuti kelas-kelas e-pembejalaran yang dianjurkan. Malahan beliau menhadiri kelas Microsoft office dan multimedia. Selain itu, beliau juga melayari internet dalam mengumpulkan segala maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran. Hingga kini beliau mahir dalam menggunakan aplikasi-aplikasi yang sukar seperti penggunaan editing video melalui movie maker selain daripada Microsoft Office.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum menghadiri kelas komputer, beliau tidak tahu untuk menggunakan dan membezakan penggunaan setiap aplikasi di dalam Microsoft Office System, multimedia dan sebagainya.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan
 

Selepas beliau mengikuti kelas komputer yang dijalankan oleh petugas beliau telah mahir dalam penggunaan Microsoft Office System serta penggunaan internet serta perisian komputer seperti multimedia editing video.

2