USAHAWAN PRODUK KECANTIKAN, KESIHATAN, KITAB-KITAB AGAMA DAN MEMBUKA GERAI NASI CAMPUR

NAMA NORIZA BINTI KAMIS
UMUR : 40 TAHUN
AHLI : 2015


Latar Belakang

Pn. Noriza Binti Khamis merupakan anak pertama dari 3 adik beradik, beliau adalah anak kelahiran Kampung Sungai Mati, Mukim Tobiar, 06700 Pendang. Pendidikan pertama beliau adalah di Tabika Kampung Permatang Limau, Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusuh, seterusnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tobiar dengan mengambil SRP. Oleh kerana, minat yang mendalam beliau dalam bidang perniagaan disamping dapat menambah pendapatan untuk membantu keluarga. Beliau sentiasa mempromosikan barangan jualan ini kedalam facebook, shopee dan Instagram.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum beliau melibatkan diri dengan Pusat Internet Bukit Sekechong, beliau tidak tahu cara untuk membuat promosi bagaimana cara dan langkah yang betul. Malahan jualan beliau kurang mendapat sambutan.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan
 

Melalui kelas latihan intel, keusahawanan, myshop dashboard dan pelbagai kelas dianjurkan yang dibimbing oleh para Petugas Pusat Internet Bukit Sekechong, dalam urusan perniagaan produk jualan beliau dan cara mempromosikannya didalam facebook,  shopee  serta instagram. Jualan beliau mula mendapat sambutan dan tempahan daripada setempat dan luar. Beliau sering datang ke pusat internet memohon petugas memberikan tunjuk ajar sekiranya beliau ingin membuat sesuatu promosi untuk jualan beliau, serta meminta pandangan dan pendapat untuk meningkatkan lagi jualan dan sebagainya. Kebanyakkan orang mengetahui perniagaan beliau melalui facebook, Instagram, wassap dan sebagainya. Jualan  produk kesihatan, kecantikan serta gerai nasi campur yang beliau usahakan amat memberansangkan, untuk gerai  nasi campur beliau berniaga aneka jenis lauk, sayur, kari, kerabu, sambal dan sebagainya. Manakala untuk produk kecantikan yang dijual oleh Pn.Noriza seperti D`nar, Deeja, Natasya, Dherb, LipsMate, AloeVera, SilkyWhite, Jamu Ratu Malaya dan pelbagai jenis lagi. Untuk Produk Kesihatan diantaranya V-Asia, Dherb, Klubna Leleh, Olive Oil, Kurma Dhua, AloeVera Gell, Habbatus Sauda dan sebagainya. Seterusnya untuk kitab-kitab agama seperti al-quran tafsir, iqra, muqaddam, surah Yassin, al-quran digital dan sebagainya.  Keuntungan beliau sebulan mencecah RM1000.00 sebulan. Setelah penglibatan beliau dengan Pusat Internet jualan yang amat memberansangkan lagi dengan beliau mempraktikkan apa yang telah diberi tunjuk ajar.

rozita



USAHAWAN MAKANAN FROZEN, MAKAN BERLAUK, KUIH-MUIH, KATERING DAN HAI-O

NAMA ROZITA BINTI ABU BAKAR
UMUR : 40 TAHUN
AHLI : 2017


Latar Belakang

Pn. Rozita Binti Abu Bakar merupakan anak kedua dari 4 adik beradik, beliau adalah anak kelahiran Kampung Sungai Mati, Mukim Tobiar, 06700 Pendang. Pendidikan pertama beliau adalah di Tabika Kampung Permatang Limau, Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusuh, seterusnya di Sekolah Menengah Teknik Batu Lanchang dengan mengambil PMR dan SPM. Oleh kerana, minat yang mendalam beliau dalam bidang perniagaan disamping dapat menambah pendapatan untuk membantu keluarga. Beliau seniasa mempromosikan barangan jualan ini kedalam facebook dan Instagram.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum beliau melibatkan diri dengan Pusat Internet Bukit Sekechong, beliau tidak tahu cara untuk membuat promosi bagaimana cara dan langkah yang betul. Malahan jualan beliau kurang mendapat sambutan.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan
 

Melalui kelas latihan intel, keusahawanan, myshop dashboard dan pelbagai kelas dianjurkan yang dibimbing oleh para Petugas Pusat Internet Bukit Sekechong, dalam urusan perniagaan produk jualan beliau dan cara mempromosikannya didalam facebook serta instagram. Jualan beliau mula mendapat sambutan dan tempahan daripada setempat dan luar. Beliau sering datang ke pusat internet memohon petugas memberikan tunjuk ajar sekiranya beliau ingin membuat sesuatu promosi untuk jualan beliau, serta meminta pandangan dan pendapat untuk meningkatkan lagi jualan dan sebagainya. Kebanyakkan orang mengetahui perniagaan beliau melalui facebook, Instagram, wassap dan sebagainya. Jualan  produk makanan yang beliau usahakan amat memberansangka, yang paling laris adalah bihun soto, wantan, bihun sup, tauhu bergedil, spegeti dan  mincaffe, alfalfa  keuntungan beliau sebulan mencecah RM600.00. Setelah penglibatan beliau dengan Pusat Internet jualan yang amat memberansangkan lagi dengan beliau mempraktikkan apa yang telah diberi tunjuk ajar.

k.ta 


CELIK IT - DANIAL PUTRA BIN ABDULLAH

NAMA : DANIAL PUTRA BIN ABDULLAH
UMUR : 11 TAHUN
AHLI : 2018


Latar Belakang

Danial Putra Binti Abdullah merupakan seorang pelajar tahun 5 yang penuh berdedikasi dan pintar orangnya. Beliau merupakan seorang muri dari Sekolah Kebangsaan Kuala Lanjut. Beliau mempunyai 3 adik-beradik, Danial Putra adalah merupakan anak bongsu. Semangat beliau untuk mempelajari kelas-kelas komputer yang dianjurkan sangatlah tinggi dan mendalam. Beliau menghadiri kelas komputer yang diadakan pada setiap hari jumaat dan sabtu mengikut jadual yang disusun oleh Pusat Internet. Pada asalnya beliau boleh dikatakan buta IT tetapi setelah menghadiri kelas-kelas yang diadakan di Pusat Internet beliau merupakan seorang yang mahir dalam penggunaan komputer. Beliau selalu hadir mengikuti kelas-kelas e-pembejalaran yang dianjurkan untuk subjek matematik, bahasa melayu, pendidikan islam dan Bahasa inggeris. Selain itu, beliau juga melayari internet dalam mengumpulkan segala maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran. Hingga kini beliau mahir dalam menggunakan aplikasi-aplikasi yang sukar seperti penggunaan editing video melalui movie maker selain daripada Microsoft Office.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum menghadiri kelas komputer, beliau tidak tahu untuk menggunakan dan membezakan penggunaan setiap aplikasi di dalam Microsoft Office System dan sebagainya.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan
 

Selepas beliau mengikuti kelas komputer yang dijalankan oleh petugas beliau telah mahir dalam penggunaan Microsoft Office System serta penggunaan internet serta perisian komputer seperti multimedia editing video.

danial