USAHAWAN PRODUK PEKASAM, NURRAYSA BEAUTY SISFELL (JAMU RAHSIA WANITA MODEN)  

NAMA NUR AMIRA BINTI ZAINUN
UMUR : 27 TAHUN
AHLI : 2018


Latar Belakang

Pn. Nur Amira Binti Zainun merupakan anak kedua dari 5 adik beradik, beliau adalah anak kelahiran Perumahan Keda Lahar Tunjung, 06760 Kubur Panjang Pendang. Pendidikan pertama beliau adalah di Tadika Keda Lahar Tunjung, Sekolah Kebangsaan Kubur Panjang, seterusnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubur Panjang, Pendang dengan mengambil PMR dan SPM. Oleh kerana, minat yang mendalam beliau dalam bidang perniagaan disamping dapat menambah pendapatan untuk membantu keluarga. Beliau seniasa mempromosikan barangan jualan ini kedalam facebook dan shopee.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum beliau melibatkan diri dengan Pusat Internet Bukit Sekechong, beliau tidak tahu cara untuk membuat promosi bagaimana cara dan langkah yang betul. Malahan jualan beliau kurang mendapat sambutan.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan
 

Melalui kelas latihan intel, keusahawanan, myshop dashboard dan pelbagai kelas dianjurkan yang dibimbing oleh para Petugas Pusat Internet Bukit Sekechong, dalam urusan perniagaan produk jualan beliau dan cara mempromosikannya didalam facebook dan memasukkan produk kedalam shoppee. Jualan beliau mula mendapat sambutan dari pelbagai daerah dan negeri. Beliau sering datang ke pusat internet memohon petugas memberikan tunjuk ajar sekiranya beliau ingin membuat sesuatu promosi untuk barangan jualan beliau, serta meminta pandangan dan pendapat untuk meningkatkan lagi barangan jualan dan sebagainya. Kebanyakkan orang mengetahui perniagaan beliau melalui facebook, Instagram, wassap dan sebagainya. Jualan Pekasam, Nurraysa Beauty dan Sisfell (Jamu Rahsia Wanita Moden) amat memberansangka, yang paling laris adalah pekasam, keuntungan beliau sebulan mencecah RM600.00. Setelah penglibatan beliau dengan Pusat Internet jualan yang amat memberansangkan dengan beliau mempraktikkan apa yang telah diberi tunjuk ajar.

 


 

USAHAWAN PERNIAGAAN YANG BELIAU JALANKAN MENJUAL BAJU KURUNG COTTON (DHIA COTTON), KAIN PASANG COTTON.

NAMA IRMA FAMILA BINTI YAHYA
UMUR : 22 TAHUN
AHLI : 2014


Latar Belakang

Cik. Irma Famila Binti Yahya merupakan anak ketiga dari 4 adik beradik, beliau adalah anak kelahiran Lorong Kasturi, Kampung Gelong Gajah, Mukim Tobiar. Pendidikan pertama beliau adalah di Tadika Kemas Kampung Tok La, Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh, seterusnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tobiar, Pendang dengan mengambil PMR dan SPM. Malahan beliau jugak memiliki Sijil Jahitan daripada Giat Mara. Oleh kerana, minat yang mendalam beliau dalam bidang perniagaan disamping dapat menambah pendapatan untuk membantu keluarganya, Ibubapanya hanya menorah getah untuk mendapatkan pendapatan seharian. Beliau sentiasa mempromosikan barangan jualan ini kedalam facebook, wassap, instagram dan shopee.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum beliau melibatkan diri dengan Pusat Internet Bukit Sekechong, beliau tidak tahu cara untuk membuat promosi bagaimana cara dan langkah yang betul. Malahan jualan beliau kurang mendapat sambutan.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan
 

Melalui kelas latihan intel, keusahawanan, myshop dashboard dan pelbagai kelas dianjurkan yang dibimbing oleh para Petugas Pusat Internet Bukit Sekechong, dalam urusan perniagaan produk jualan beliau dan cara mempromosikannya didalam facebook dan memasukkan produk kedalam shoppe, serta belajar teknik mengambil gambar dengan cantic supaya pembeli tertarik dengan produk jualan beliau. Jualan beliau mula mendapat sambutan dari pelbagai daerah dan negeri. Beliau sering datang ke pusat internet memohon petugas memberikan tunjuk ajar sekiranya beliau ingin membuat sesuatu promosi untuk barangan jualan beliau, serta meminta pandangan dan pendapat untuk meningkatkan lagi barangan jualan dan sebagainya. Kebanyakkan orang mengetahui perniagaan beliau melalui facebook, Instagram, wassap dan sebagainya. Jualan beliau amat memberansangkan dengan kadar keuntungan beliau sebulan mencecah RM600.00 setelah menglibatkan diri beliau dengan Pusat Internet hasil beliau mempraktikkan apa yang telah diberi tunjuk ajar.

 


 

CELIK IT - SITI AISYAH BINTI AHMAD

NAMA : SITI AISYAH BINTI AHMAD
UMUR : 16 TAHUN
AHLI : 2015


Latar Belakang

Siti Aisyah Binti Ahmad merupakan seorang pelajar tingkatan 4 yang penuh berdedikasi dan pintar orangnya. Beliau merupakan seorang murid tingkatan 4 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tobiar. Beliau mempunyai 5 adik-beradik, Aisyah adalah merupakan anak ketiga. Semangat beliau untuk mempelajari komputer sangatlah tinggi dan mendalam. Beliau menghadiri kelas komputer yang diadakan pada setiap hari khamis dan sabtu yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Pada asalnya beliau boleh dikatakan buta IT tetapi setelah menghadiri kelas-kelas yang diadakan di Pusat Internet beliau merupakan seorang yang mahir dalam penggunaan komputer. Beliau sering menggunakan komputer dengan melayari penggunaan internet dalam mengumpulkan segala maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran. Selain daripada itu, hingga kini beliau mahir dalam menggunakan aplikasi-aplikasi yang sukar seperti penggunaan Adobe Photoshop dan editing video menggunakan komputer di Pusat Internet.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum menghadiri kelas komputer, beliau tidak tahu untuk menggunakan dan membezakan penggunaan setiap aplikasi di dalam Microsoft Office System.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan
 

Selepas beliau mengikuti kelas komputer yang dijalankan oleh petugas beliau telah mahir dalam penggunaan Microsoft Office System serta penggunaan internet serta perisian komputer seperti multimedia.