USAHAWAN BARANGAN ICT (LAPTOP DAN NETBOOK)

NAMA : NUR SYAHIRAH BINTI ROZIEF
UMUR : 20 TAHUN
AHLI : 2014


Latar Belakang

Cik. Nur Syahirah Binti Mohd Rozief anak sulung dari 4 beradik beliau anak kelahiran Kg Bukit Sekechong, Mukim Tobiar, 06700 Pendang. Pendidikan pertama beliau adalah di Tadika Kampung Kepala Bukit, Sekolah Kebangsaan Penghulu jusuh, seterusnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tobiar, Pendang dengan mengambil PMR dan SPM. Selain itu, pendidikan tertinggi beliau adalah mengambil sijil teknlogi maklumat (SKM) tahap 3 di Koleh Komuniti Padang Terap. Oleh kerana, minat yang mendalam beliau dalam bidang perniagaan disamping dapat menambah pendapatan untuk beliau menampung kos perbelanjaan pengajiannya beliau menceburi bidang jualan laptop dan netbook ini dengan lebih serius lagi. Malahan diantara barangan jualan lain iaitu produk makanan iaitu chocojar. Bagi pengguna yang ingin membeli beliau menawarkan samada pakej penghantaran kerumah ataupun melalui pos. Beliau senantiasa mempromosikan barangan jualan ini kedalam facebooknya.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum beliau melibatkan diri dengan Pusat Internet  Bukit Sekechong, beliau tidak tahu cara untuk membuat promosi bagaimana cara dan langkahnya, Malahan jualan beliau tidak mendapat sambutan,  oleh kerana jualan netbook dan laptop tidak seberapa.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan
 

Melalui kelas latihan intel, keusahawanan, myshop dashboard dan pelbagai kelas dianjurkan yang dibimbing oleh Petugas Pusat Internet Bukit Sekechong, dalam urusan perniagaan produk jualan beliau dan cara mempromosikannya. Jualan beliau mula mendapat sambutan dari pelbagai daerah dan negeri. Beliau sering datang ke pusat internet memohon petugas memberikan tunjuk ajar sekiranya beliau ingin membuat sesuatu promosi untuk barangan jualan beliau, serta meminta pandangan dan pendapat untuk meningkatkan lagi barangan jualan dan sebagainya. Kebanyakkan orang mengetahui perniagaan beliau melalui facebook, Instagram, wassap dan sebagainya. Jualan netbook dan laptop beliau kini sebulan hampir 10 biji netbook dan laptop, dengan keuntungan sebulan mencecah RM500.00 hasil daripada penglibatan beliau dengan Pusat Internet serta jualan produk lain iaitu chocojar jualan yang amat memberansangkan.

 

USAHAWAN BARANGAN ICT (LAPTOP DAN NETBOOK)
 
NAMA : NUR HANIM SYAKIRAH BINTI MOHD YUSNIZAM
UMUR : 21 TAHUN
AHLI : 2015


Latar Belakang

Cik. Noor Hanim Shakirah Binti Md Yusnizam anak ketiga daripada 5 adik-beradik beliau adlah anak kelahiran Kg Pulau Keramat, Mukim Lesong, 06760 Pokok Sena. Pendidikan pertama beliau adalah di Tadika Kampung Permatang Limau, Sekolah Kebangsaan Penghulu jusuh, seterusnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubur Panjang, Pendang dengan mengambil PMR dan SPM. Oleh kerana, minat yang mendalam beliau dalam bidang masakan dan bidang perniagaan beliau memulakan perniagaan ini dengan dibantu oleh ibunya. Bagi tauhu bergedil dalam bentuk siap digoreng dan frozen serta Tortilla Wrap pelanggan boleh pergi terus ke rumah untuk mendapatkannya ataupun melalui penghantaran ke pejabat-pejabat, rumah, hospitan dan sebaginya. Produk makanan beliau ini sering dipromosikan dilaman facebook, Instagram serta wassap.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum beliau melibatkan diri dengan Pusat Internet  Bukit Sekechong, pendapatan beliau hanya sebulan RM100.00 sahaja hasil keuntungan dari jualan  Tortilla Wrap dan tauhu bergedil dalam bentuk siap digoreng bersama sambal kicap pedas dan frozen.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan
 
Melalui kelas latihan intel, keusahawanan, myshop dashboard dan pelbagai kelas dianjurkan yang dibimbing oleh Petugas Pusat Internet Bukit Sekechong, dalam urusan perniagaan produk jualan beliau dan cara mempromosikannya. Jualan beliau mula mendapat sambutan dari pelbagai daerah dan negeri. Beliau sering datang ke pusat internet memohon petugas memberikan tunjuk ajar sekiranya beliau ingin membuat sesuatu promosi untuk barangan jualan beliau, serta meminta pandangan dan pendapat untuk meningkatkan lagi barangan jualan dan sebagainya. Pendapatan bulanan beliau kini semakin meningkat sebulan mencecah RM500.00 sebulan hasil daripada penglibatan beliau dengan Pusat Internet.
 

CELIK IT - NUR FATIN ERIESKA BINTI JASMIN

NAMA : NUR FATIN ERIESKA BINTI JASMIN
UMUR : 16 TAHUN
AHLI : 2014


Latar Belakang

Nur Fatin Erieska Binti Jasmin merupakan seorang pelajar tingkatan 4 yang penuh berdedikasi dan pintar orangnya. Beliau merupakan seorang murid tingkatan 4 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tobiar. Beliau mempunyai 2 adik-beradik, ia adalah anak kedua ataupun anak bongsu. Semangat beliau untuk mempelajari komputer sangatlah tinggi dan mendalam. Beliau menghadiri kelas komputer yang diadakan pada setiap hari khamis dan sabtu yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Pada asalnya beliau boleh dikatakan buta IT tetapi setelah menghadiri kelas-kelas yang diadakan di Pusat Internet beliau merupakan seorang yang mahir dalam penggunaan komputer. Beliau sering menggunakan komputer dengan melayari penggunaan internet dalam mengumpulkan segala maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran. Selain daripada itu, hingga kini beliau mahir dalam menggunakan aplikasi-aplikasi yang sukar seperti penggunaan Adobe Photoshop dan editing video menggunakan komputer di Pusat Internet.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum menghadiri kelas komputer, beliau tidak tahu untuk menggunakan dan membezakan penggunaan setiap aplikasi di dalam Microsoft Office System.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan
 

Selepas beliau mengikuti kelas komputer yang dijalankan oleh petugas beliau telah mahir dalam penggunaan Microsoft Office System serta penggunaan internet serta perisian komputer seperti multimedia.