USAHAWAN PRODUK MAKAN DAN MAKANAN FROZEN

NAMA : PN. IDAHARYANI BINTI ABD AZIZ
UMUR : 43 TAHUN
AHLI : 2017


Latar Belakang

Pn. Idaharyani Binti Abd Aziz merupakan anak kelahiran Kg Sungai Mati, Mukim Lesong, 06400 Pokok Sena. Pendidikan pertama beliau adalah di Sek Keb Penghulu jusuh, seterusnya di Sek Men Tobiar, Pendang dengan mengambil PMR dan SPM. Beliau merupakan seorang surirumah dan mempunyai 3 orang anak lelaki dan perempuan. Oleh kerana, minat yang mendalam beliau dalam bidang masakan beliau memulakan perniagaan ini dengan dibantu oleh adiknya. Beliau juga turut menjual produk makanannya melalui online seperti Nutella pod sekiranya pelanggan dari jauh ingin membeli ia boleh di postage. Bagi tauhu bergedil dalam bentuk siap digoreng dan frozen pelanggan boleh pergi terus ke rumah untuk mendapatkannya ataupun melalui penghantaran. Semua produk makanan beliau dipromosikan dilaman facebook, Instagram serta wassap.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum beliau melibatkan diri dengan Pusat Internet Bukit Sekechong, pendapatan beliau hanya sebulan RM100.00 sahaja hasil keuntungan dari jualan Nutella pod dan tauhu bergedil dalam bentuk siap digoreng dan frozen.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan

Melalui kelas latihan keusahawanan, myshop dashboard dan pelbagai kelas dianjurkan yang dibimbing oleh Petugas Pusat Internet Bukit Sekechong, dalam urusan perniagaan produk jualan beliau. Pelanggan beliau makin bertambah dari sekitar daerah-daerah yang berdekatan serta seluruh negeri Kedah. Beliau sering datang ke pusat internet memohon petugas memberikan tunjuk ajar sekiranya beliau ingin membuat sesuatu promosi untuk produk beliau, serta meminta pandangan untuk meningkatkan jualan dan sebagainya. Kebanyakkan orang mengetahui perniagaan beliau daripada melalui facebook, Instagram, wassap dan sebagainya. Pendapatan bulanan beliau kini semakin meningkat sebulan mencecah RM500.00 sebulan hasil daripada penglibatan beliau dengan Pusat Internet.

1 2019 TAUHU


 

USAHAWAN PRODUK BERASASKAN MADU LEBAH

NAMA : EN KHALI ABDL ALIM BIN AHMAD
UMUR : 73 TAHUN
AHLI : 2017


Latar Belakang

Khali Abdl Alim Bin Ahmad merupakan anak kelahiran Kg Kepala Bukit, Mukim Tobiar, 06700 Pendang. Pendidikan pertama beliau adalah di Sek Keb Penghulu jusuh, seterusnya di Sek Men Tobiar, Pendang dengan mengambil SRP. Beliau merupakan seorang bekas kakitangan kerajaan yang telah pencen dan mempunyai 5 orang anak lelaki dan perempuan. Oleh kerana, minat yang mendalam beliau dalam bidang perniagaan beliau memulakan perniagaan ini dengan dibantu oleh anak-anknya. Beliau juga turut menjual produk makanannya melalui online sekiranya pelanggan dari jauh ingin membeli ia boleh di postage atupun boleh datang sendiri kerumahnya. Beliau juga sering dijemput oleh wakil-wakil agensi untuk membuka booth pameran seperi di MAHA, exspo keusahawanan dan sebagainya untuk mempamerkan produk kopi dan madu kelulut beliau.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum tertubuhnya Pusat Internet Bukit Sekechong, Pendapatan bulanan hasil dari keuntungan perniagaan yang beliau jalankan hanya sekitar RM500 – RM1500 sahaja dalam sebulan. 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan

Melalui kelas latihan keusahawanan, myshop dashboard dan pelbagai kelas dianjurkan yang dibimbing oleh Petugas Pusat Internet Bukit Sekechong, dalam urusan perniagaan jualan beliau. Pelanggan beliau makin bertambah dari sekitar daerah-daerah yang berdekatan serta seluruh negeri Kedah dan seluruh malaysia. Beliau sering datang ke pusat internet memohon petugas memberikan tunjuk ajar sekiranya beliau ingin membuat sesuatu promosi untuk produk beliau, serta meminta pandangan untuk meningkatkan jualan dan sebagainya. Kebanyakkan orang mengetahui perniagaan beliau daripada melalui facebook, Instagram, wassap dan sebagainya. Pendapatan bulanan beliau kini semakin meningkat sebulan mencecah RM3000.00 sebulan hasil daripada penglibatan beliau dengan Pusat Internet.

KOPI 12019

 


 

CELIK IT - MUHAMMAD ALIF BIN ANUAR FAILUS

NAMA : MUHAMMAD ALIF BIN ANUAR FAILUS
UMUR : 15 TAHUN
AHLI : 2014


Latar Belakang

Muhammad Alif Bin Anuar Failus merupakan seorang pelajar tingkatan 3 yang penuh berdedikasi dan pintar orangnya. Beliau merupakan seorang murid tingkatan 3 dari Sekolah Menengaj Kebangsaan Tobiar. Beliau mempunyai 4 adik-beradik, ia adalah anak pertama. Semangat beliau untuk mempelajari komputer sangatlah tinggi dan mendalam. Beliau menghadiri kelas komputer yang diadakan pada setiap hari khamis yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Pada asalnya beliau boleh dikatakan buta IT tetapi setelah menghadiri kelas-kelas yang diadakan di Pusat Internet beliau merupakan seorang yang mahir dalam penggunaan komputer. Beliau sering menggunakan komputer dengan melayari penggunaan internet dalam mengumpulkan segala maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran. Selain daripada itu, hingga kini beliau mahir dalam menggunakan aplikasi-aplikasi yang sukar seperti penggunaan Adobe Photoshop dan editing video menggunakan komputer di Pusat Internet.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum menghadiri kelas komputer, beliau tidak tahu untuk menggunakan dan membezakan penggunaan setiap aplikasi di dalam Microsoft Office System.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan
 

Selepas beliau mengikuti kelas komputer yang dijalankan oleh petugas beliau telah mahir dalam penggunaan Microsoft Office System serta penggunaan internet.