USAHAWAN KATERING

NAMA : EN CHE ANI BIN HAJI SHAFIE
UMUR : 54 TAHUN
AHLI : 2016

 


Latar Belakang

En. Che Ani Bin Hj Shafie merupakan anak kelahiran Kg Bukit Besar yang mempunyai ahli keluarga yang ramai seramai 10 orang. Pendidikan pertama beliau adalah di Sek Keb Bukit Besar, seterusnya di Sek Men Agama Taufikiah Al-khairiah, Padang Lumat ataupun dikenali sebagai Pondok Pak Ya suatu ketika dulu dengan mengambil Sijil Rendah Pelajaran(SRP). Sekarang beliau bertugas sebagai Pembantu Operasi N11 di Maahad Al Imam As Syafie, Kg Sawa Kechil, Jln Sungai Tiang, Pendang dan beliau juga merupakan seorang petugas amal Masjid Jamek Al-Lutfi (Batu Hampar). Beliau sangat minat yang mendalam didalam bidang masakan, setiap kali ada kenduri dan sebagainya beliau adalah salah seorang tukang masak disamping  menjalankan pakej catering memasak nasi daging, nasi tomato dan nasi campur. Beliau hanya melakukan proses memasak ini hanya dirumah ataupun di Rumah kenduri sahaja sekiranya ada tempahan yang turut dibantu oleh anak dan isterinya.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum tertubuhnya Pusat Internet Bukit Sekechong, Pendapatan bulanan hasil dari keuntungan perniagaan yang beliau jalankan hanya sekitar RM500 – RM1500 sahaja dalam sebulan. Jumlah para pelanggan kurang memberangsangkan walaupun pada musim cuti persekolahan ataupun musim kenduri

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan

Melalui kelas latihan keusahawanan dan pelbagai kelas dianjurkan yang dibimbing oleh Petugas Pusat Internet  Bukit Sekechong, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan perniagaan beliau. Pelanggan beliau dari sekitar daerah Pendang dan sekitar negeri kedah. Kebanyakkan orang mengetahui perniagaan beliau daripada melalui facebook dan sebagainya. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM4000 sebulan.

che ani 


 

USAHAWAN AGENT AL HADDAD MARKETING SDN BHD (TAMAR COCOA) DAN PENGEDAR BARANGAN DROPSHIP BAJU-BAJU MUSLIMAH

 

NAMA : PN NORSHAKILLA BINTI SAHIMI
UMUR : 28 TAHUN
AHLI : 2018

 


Latar Belakang

Pn. Norshakilla Binti Sahimi merupakan anak seoarang nelayan, mendapat pendidikan awal di Sek Keb Pulau Mertajam, seterusnya peringkat menengah beliau bersekolah di Sek Men Keb Seri Muda sehingga ke tingkatan 5, kemudian beliau mendapat tawaran belajar di Politeknik Seberang Perai  dalam jurusan Diploma Teknologi Maklumat Pengaturcaraan selama 3 tahun. Setelah tamat diploma beliau mendapat tawaran menyambung pelajaran di Universiti Tun Hussin On Malaysia dengan mengambil Sarjana Muda Teknologi Maklumat dan Kejuruteraan. Setelah tamat pelajaran beliau bekerja di CIMB Bank di cawangan Butterworth sebagai Pengurus serta membuat perniagaan sambilan  menjadi agent Al Haddad Marketing Sdn Bhd (Tamar Cocoa) dan  pengedar barangan dropship baju-baju muslimah oleh kerana minat beliau dalam bidang perniagaan. Tetapi perekerjaan beliau tidak lama  di CIMB Bank di cawangan Butterworth sebagai Pengurus, oleh kerana pihak CIMB menutup cawangan tersebut, beliau hanya sempat berkeja selama 11 bulan selepas tamat belajar ketika itu. Selepas tidak lagi berkerja beliau mencuba nasib memohon jawatan di Pusat Internet disamping menjalankan perniagaan, alhamdulillah rezeki berpihak kepada beliau, beliau dapat jawatan sebagai penolong pengurus di Pusat Internet.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum terlibat dengan Pusat Internet  Bukit Sekechong, Pendapatan bulanan beliau didalam perniagaan hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan kurang memberangsangkan hanya rakan-rakan dan ahli keluarga sahaja.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan

 

Melalui kelas latihan keusahawanan dan pelbagai kelas dianjurkan yang dibimbing oleh Pengurus Pusat Internet Bukit Sekechong, beliau kini telah giat mempromosikan perniagaan beliau di facebook sendiri. Kini rakan-rakan facebook beliau mececah ratusan dengan pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 – RM1500 sebulan mengikut kepada kuantiti tempahan barang.

EEE


 

CELIK IT BELAJAR MENAIP, INTERNET, MULTIMEDIA

 

NAMA : MUHAMMAD HAIKAL FAIZ BIN SYAMSUL
UMUR : 11 TAHUN
AHLI : 2017

 


Latar Belakang

Muhammad Haikal Faiz bin Syamsul merupakan seorang pelajar yang penuh dedikasi dan pintar. Beliau merupakan seorang murid tahun lima dari Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh. Semangat beliau untuk mempelajari komputer sangatlah tinggi. Pada suatu hari beliau bertanyakan kepada petugas Pusat Internet mengenai kelas komputer. Petugas mencadangkan beliau menghadiri kelas komputer yang diadakan pada setiap hari minggu iaitu Jumaat dan Sabtu. Selepas itu, beliau sering menghadiri setiap kelas komputer yang diadakan di Pusat Internet. Pada asalnya beliau boleh dikatakan buta IT tetapi setelah menghadiri kelas-kelas yang diadakan di Pusat Internet beliau merupakan seorang yang pakar dalam penggunaan komputer. Beliau sering menggunakan komputer dengan melayari penggunaan internet dalam mengumpulkan segala maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran. Selain daripada itu, hingga kini beliau mahir dalam menggunakan aplikasi-aplikasi yang sukar seperti penggunaan Adobe Photoshop dan editing video menggunakan komputer di Pusat Internet.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum menghadiri kelas komputer, beliau tidak tahu untuk menggunakan dan membezakan penggunaan setiap aplikasi di dalam Microsoft Office System.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan

Selepas beliau mengikuti kelas komputer yang dijalankan oleh petugas beliau telah mahir dalam penggunaan Microsoft Office System serta penggunaan internet.