CELIK IT- NUR QALISHA FATINI BINTI MOHD ZAIN

NAMA : NUR QALISHA FATINI BINTI MOHD ZAIN
UMUR : 11 TAHUN
AHLI : 2022


Latar Belakang

Nur Qalisha Fatini Binti Muhamad Zain merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang penuh berdedikasi, komited dan pintar orangnya. Beliau mempunyai 2 orang adik-beradik, dan dia merupakan anak sulung dan bapa beliau merupakan petani dan buruh dan ibunya berkerja sebagai peniaga makanan seperti buah potong, air bancuh, rojak dan lain-lain. Semangat beliau untuk mempelajari kelas-kelas komputer yang dianjurkan oleh PEDi sangatlah tinggi dan mendalam. Beliau sentiasa menghadiri kelas komputer yang diadakan pada setiap hari khamis, jumaat dan sabtu mengikut jadual yang disusun oleh petugas PEDi. Pada asalnya beliau boleh dikatakan buta komputer tetapi setelah menghadiri pelbagai kelas-kelas yang diadakan di PEDi beliau merupakan sekarang mahir dalam penggunaan komputer. Beliau selalu hadir mengikuti kelas-kelas e-pembelajaran yang dianjurkan. Malahan beliau sering menghadiri kelas Microsoft office dan multimedia. Selain itu, beliau mahir melayari internet dalam mengumpulkan segala maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran dan membantu ibunya dalam mencari maklumat berkaitan perniagaan. Hingga kini beliau mahir dalam menggunakan Microsoft Office.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum menghadiri kelas komputer, beliau tidak tahu untuk menggunakan dan membezakan penggunaan setiap aplikasi di dalam Microsoft Office System dan sebagainya.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan

Selepas beliau mengikuti kelas komputer yang dijalankan oleh petugas beliau telah mahir dalam penggunaan Microsoft Office System dan grafik seperti canva.

QALISHA