USAHAWAN MENJUAL PRODUK KESIHATAN CHOCO CHINTA, MAAJUN CHINTA, SABUN DARA, LOVE GEL DAN PEMILIK KEDAI MAKAN RUMAH BIRU SAMBAL HIJAU

NAMA PN. MONALIZA BINTI HARUN
UMUR : 45 TAHUN
AHLI : 2022


Latar Belakang

Pn. Monaliza Binti Harun merupakan seorang ibu tunggal yang menjalankan perniagaan produk kesihatan Choco Chinta, Maajun Chinta, Sabun Dara, Love Gel. Seterusnya produk serta perkhidmatan Coway dan pemilik kedai makan “Rumah Biru Sambal Hijau”. Beliau mempunyai tiga orang anak dan menjaga ibu beliau yang sedang uzur. Beliau adalah anak kelahiran Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar, Kedah. Pendidikan pertama beliau adalah di Tabika Kemas Jalan Datuk Kumbar, Sekolah Kebangsaan Alor Setar, seterusnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Omar, Alor Setar sehingga mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Oleh kerana, minat yang ada dalam bidang perniagaan serta ingin menambah pendapatan, beliau mula menceburi dalam bidang perniagaan menjual barang kesihatan, produk coway dan membuka kedai makan. Beliau sentiasa mempromosikan barangan jualan ini ke dalam facebook, wassap dan Instagram serta shopee.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum beliau melibatkan diri dengan PEDi Bukit Sekechong, beliau kurang mahir akan ICT serta cara untuk membuat promosi bagaimana cara dan langkah yang betul untuk perniagaan yang beliau usahakan. Malahan  kurang mendapat sambutan pembelian daripada pelanggan mungkin kerana dari segi promosi yang boleh menarik minat pembeli tiada.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan

Melalui kelas-kelas yang telah Pn. Monaliza Binti Harun ikuti kelas latihan ict, multimedia adobe photoshop, canva, postermywall dan pelbagai kelas dianjurkan yang dibimbing oleh para Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi Bukit Sekechong. Oleh sebab, itulah sedikit sebanyak dapat membantu beliau dalam urusan perniagaan dan cara mempromosikannya didalam shopee, facebook, wassap serta instagram. Perniagaan beliau mula mendapat sambutan dan daripada penduduk setempat dan luar. Beliau sering datang ke PEDi memohon petugas memberikan tunjuk ajar sekiranya beliau ingin membuat sesuatu seperti memasukkan produk paru ke akaun shopee beliau, promosi, serta meminta pandangan dan pendapat untuk meningkatkan mutu perkhidmatan jualan dan sebagainya. Kebanyakkan orang mengetahui perniagaan beliau melalui facebook, Instagram, wassap, shopee, blog dan sebagainya Keuntungan beliau sebulan mencecah RM2000.00. Dengan penglibatan beliau di PEDi jualan lebih memberansangkan lagi setelah beliau mempraktikkan apa yang telah diberi tunjuk ajar serta beliau sering mencari kelainan dalam perniagaan beliau.

 as


CELIK IT- PUTRI DAMIA SHAFIA BINTI ZULKIFLI

NAMA : PUTRI DAMIA SHAFIA BINTI ZULKIFLI
UMUR : 09 TAHUN
AHLI : 2021


Latar Belakang

Putri Damia Shafia Binti Zulkifli merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang penuh berdedikasi, komited dan pintar orangnya. Beliau mempunyai 3 orang adik-beradik, dia merupakan pertama dan bapa beliau merupakan seorang pekerja sector swasta kontrak Telekom Malaysia dan ibunya berkerja sebagai surirumah. Semangat beliau untuk mempelajari kelas-kelas komputer yang dianjurkan oleh PEDi sangatlah tinggi dan mendalam. Beliau sentiasa menghadiri kelas komputer yang diadakan pada setiap hari khamis, jumaat dan sabtu mengikut jadual yang disusun oleh PEDi. Pada asalnya beliau boleh dikatakan buta IT tetapi setelah menghadiri kelas-kelas yang diadakan setiap minggu di PEDi beliau merupakan seorang yang mahir dalam penggunaan komputer. Beliau selalu hadir mengikuti kelas-kelas e-pembejalaran yang dianjurkan setiap minggu ataupun musim cuti sekolah. Malahan beliau seringkali menghadiri kelas Microsoft office dan multimedia. Selain itu, beliau rajin melayari internet dalam mengumpulkan segala maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran. Hingga kini beliau mahir dalam menggunakan Microsoft Office.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum menghadiri kelas komputer, beliau tidak tahu untuk menggunakan dan membezakan penggunaan setiap aplikasi di dalam Microsoft Office System dan sebagainya.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan

Selepas beliau mengikuti kelas komputer yang dijalankan oleh petugas beliau telah mahir dalam penggunaan Microsoft Office System dan grafik seperti canva.

DAMIA