USAHAWAN MENJUAL SABUN CHACING HOMEMADE, PUTERI SIREH, CIENTAA PERFUME, LOVIEA, KETIAK WANGI

NAMA SITI HALIMATON SAADIAH BINTI HALIM
UMUR : 30 TAHUN
AHLI : 2016


Latar Belakang

Pn. Siti Halimaton Saadiah Binti Halim merupakan seorang surirumah yang menjalankan perniagaan dari rumah, beliau mempunyai dua orang anak yang masih kecil. Beliau adalah anak kelahiran Kampung Kuala Lanjut, Mukim Rambai. Pendidikan pertama beliau adalah di Tabika Kemas Kampung Kuala Lanjut, Sekolah Kebangsaan Kuala Lanjut, seterusnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubur Panjang, Pendang sehingga mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Oleh kerana, minat yang ada dalam bidang perniagaan serta ingin menambah pendapatan, beliau mula menceburi dalam bidang perniagaan menjual barang kesihatan ini. Beliau sentiasa mempromosikan barangan jualan ini ke dalam facebook, wassap dan Instagram serta shopee.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum beliau melibatkan diri dengan PEDi Bukit Sekechong, beliau kurang mahir akan ICT serta cara untuk membuat promosi bagaimana cara dan langkah yang betul untuk perniagaan yang beliau usahakan. Malahan  kurang mendapat sambutan pembelian daripada pelanggan mungkin kerana dari segi promosi yang boleh menarik minat pembeli tiada.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan

Melalui kelas-kelas yang telah Pn. Halimaton Saadiah ikuti kelas latihan ict, multimedi adobe photoshop, canva, postermywall dan pelbagai kelas dianjurkan yang dibimbing oleh para Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi Bukit Sekechong. Oleh sebab, itulah sedikit sebanyak dapat membantu beliau dalam urusan perniagaan dan cara mempromosikannya didalam shopee, facebook, wassap serta instagram.  Perniagaan beliau mula mendapat sambutan dan daripada penduduk setempat dan luar. Beliau sering datang ke PEDi memohon petugas memberikan tunjuk ajar sekiranya beliau ingin membuat sesuatu seperti memasukkan produk paru ke akaun shopee beliau, promosi, serta meminta pandangan dan pendapat untuk meningkatkan mutu perkhidmatan jualan dan sebagainya. Kebanyakkan orang mengetahui perniagaan beliau melalui facebook, Instagram, wassap, shopee, blog dan sebagainya Keuntungan beliau sebulan mencecah RM500.00. Dengan penglibatan beliau di PEDi jualan lebih memberansangkan lagi setelah beliau mempraktikkan apa yang telah diberi tunjuk ajar serta beliau sering mencari kelainan dalam perniagaan beliau.

KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN KEDUA 2022


 

CELIK IT- MOHAMMAD FARHAN BIN MOHD RAMZI

NAMA MOHAMMAD ASRI BIN MOHD LUTFI
UMUR : 15 TAHUN
AHLI : 2016


Latar Belakang

Mohammad Farhan Bin Ramzi merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang penuh berdedikasi, komited dan pintar orangnya. Beliau mempunyai 2 orang adik-beradik, dia merupakan anak bongsu dan bapa beliau merupakan seorang pekerja sector swasta dan ibunya berkerja sebagai surirumah. Semangat beliau untuk mempelajari kelas-kelas komputer yang dianjurkan oleh PEDi sangatlah tinggi dan mendalam. Beliau sentiasa menghadiri kelas komputer yang diadakan pada setiap hari khamis, jumaat dan sabtu mengikut jadual yang disusun oleh PEDi. Pada asalnya beliau boleh dikatakan buta IT tetapi setelah menghadiri kelas-kelas yang diadakan di PEDi beliau merupakan seorang yang mahir dalam penggunaan komputer. Beliau selalu hadir mengikuti kelas-kelas e-pembejalaran yang dianjurkan. Malahan beliau menhadiri kelas Microsoft office dan multimedia. Selain itu, beliau juga melayari internet dalam mengumpulkan segala maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran. Hingga kini beliau mahir dalam menggunakan Microsoft Office.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum menghadiri kelas komputer, beliau tidak tahu untuk menggunakan dan membezakan penggunaan setiap aplikasi di dalam Microsoft Office System dan sebagainya.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan

Selepas beliau mengikuti kelas komputer yang dijalankan oleh petugas beliau telah mahir dalam penggunaan Microsoft Office System dan multimedia.

A