CELIK IT- MUHAMMAD ALIF IKMAL BIN OSMAN

NAMA MUHAMMAD ALIF IKMAL BIN OSMAN
UMUR : 18 TAHUN
AHLI : 2014


Latar Belakang

Muhammad Alif Ikmal Bin Osman terkini merupakan seorang pelajar Kolej Vokasional Alor Setar yang penuh berdedikasi, komited dan pintar orangnya. Beliau merupakan bekas pelajar dari Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusuh. Beliau mempunyai 2 adik-beradik, merupakan anak bongsu dari 2 adik beradik, beliau merupakan anak yatim dan ibu beliau bekerja sebagai pembantu jualan di kantin sekolah. Semangat beliau untuk mempelajari kelas-kelas komputer yang dianjurkan oleh Pusat Internet Bukit Sekechong sangatlah tinggi dan mendalam. Beliau sentiasa menghadiri kelas komputer yang diadakan pada setiap hari jumaat dan sabtu mengikut jadual yang disusun oleh Pusat Internet. Pada asalnya beliau boleh dikatakan buta IT tetapi setelah menghadiri kelas-kelas yang diadakan di Pusat Internet beliau merupakan seorang yang mahir dalam penggunaan komputer. Beliau selalu hadir mengikuti kelas-kelas e-pembejalaran yang dianjurkan. Malahan beliau menhadiri kelas Microsoft office dan multimedia. Selain itu, beliau juga melayari internet dalam mengumpulkan segala maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran. Hingga kini beliau mahir dalam menggunakan Microsoft Office, multimedia dan sebagainya.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum menghadiri kelas komputer, beliau tidak tahu untuk menggunakan dan membezakan penggunaan setiap aplikasi di dalam Microsoft Office System dan sebagainya.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan

Selepas beliau mengikuti kelas komputer yang dijalankan oleh petugas beliau telah mahir dalam penggunaan Microsoft Office System multimedia dan sebagainya. 

SUCESS STORY KEDUA 2021