Tarikh : 26 / 04 / 2023
Masa : 11.00 Pagi - 1.00 Petang
Lokasi : PEDi Bukit Sekechong
Peserta

: 1 orang

Tujuan

Tujuan adalah untuk memastikan pelajar dari kalangan komuniti mukim Tobiar ini dapat menjawab Ujian Kelayakan Calon Guru (Eukcg) secara dalam talianIa telah dibantu dengan jayanya oleh petugas.

Aktiviti  https://pismp.moe.gov.my/UKCG

Di dalam slot ini, pelajar telah menjawab Ujian Kelayakan Calon Guru (Eukcg) secara dalam talian seperti yang ditetapkan di laman sesawang https://pismp.moe.gov.my/index.cfm. Petugas membantu dari segi pembukaan laman sesawang dan sebagainya.

GAMBAR DISINI


Tarikh : 11 / 04 / 2023
Masa : 9.00 Pagi-  1.00 Petang
Lokasi : PEDi Bukit Sekechong
Peserta

: 4 orang

 

Tujuan

Kursus ini bertujuan memberi kemudahan kepada komuniti setempat untuk mengikuti kursus online pengambilan sijil makan disamping komuniti dapat menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PEDi Bukit Sekechong serta dapat memberi ilmu ICT kepada komuniti yang terlibat.

Aktiviti

Di dalam slot ini, petugas membantu memberi pengenalan tentang perkhidmatan yang terdapat di PEDi. Selain memberi pendedahan kepada komuniti cara menggunakan platform google meet yang diguna pakai dalam kursus pengambilan sijil makanan secara online.

Tarikh : 01 / 04 / 2023
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahri
Lokasi : PEDi Bukit Sekechong
Peserta

: 3 orang

 Tujuan

Tujuan adalah membantu golongan pelajar untuk mahir menggunakan perisian microsoft office supaya dapat memudahkan mereka menyiapkan kerja kursus yang diberikan oleh guru kelak di samping melatih mereka untuk meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer

Aktiviti

Di dalam slot ini, petugas membantu memberi pengenalan tentang peralatan-peralatan komputer. Selain itu, petugas memberi pendedahan kepada pelajar dari segi cara-cara  membuat helaian baru, membuat border, membuat perenggan, numbering,membuat jadual, memasukkan gambar, mencetak serta menyimpan dokumen.

GAMBAR DISINI


 

Tarikh : 19 / 10 / 2023
Masa : 10.00 Pagi-  2.00 Petang
Lokasi : PEDi Bukit Sekechong
Peserta

: 30 orang

 

Tujuan

Program ini bertujuan memberi kemudahan kepada komuniti setempat untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Aktiviti

Antara perkhidmatan yang disediakan ialah:

- Pendaftaran/ Pengaktifan i-Akaun KWSP
- Percetakan penyata KWSPSemakan rekod penamaan
- Penerimaan borang penamaan
- Penerimaan Permohonan Pengeluaran 50/55/60 TAHUN
- Pendaftaran Skim Simpanan Shariah
- Pendaftaran Skim Persaraaan 1Malaysia
- Pendaftaran Ahli
- Kemaskini alamat
- Khidmat nasihat
 
Kemudahan i-akaun:
- Menyemak dan mencetak penyata tahun semasa dan tahun lepas
- Menyemak kelayakan pengeluaran
- Menyemak status pengeluaran
- Menyemak sejarah pengeluaran
- Muat turun borang pengeluaran
- Menyemak dan kemaskini alamat
- Semakan butiran penamaan
- e-Pengeluaran
 

Tarikh : 30 / 03 / 2023
Masa : 10.00 Pagi - 03.00 Petang
Lokasi : PEDi Bukit Sekechong
Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Tujuan adalah untuk membantu Pelajar yang merupakan ahli PEDi Bukit Sekechong dalam menggunakan GoogleMeet secara asas untuk membolehkan mereka menyertai taklimat mahupun pembelajaran secara atas talian.

Aktiviti

Di dalam slot ini, petugas membantu Pelajar dari segi cara-cara untuk menggunakan GoogleMeet. Kemudian petugas memberi tunjuk ajar  untuk cara membuat presentation, change background, setup camera, sound dan lain-lain.

GAMBAR DISINI