Tarikh : 25 / 05 / 2018
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari
Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Bukit Sekechong
Peserta

: 8 orang

 

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar peringkat rendah yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar ini dengan penggunaan medium internet di dalam proses pembelajaran mereka. Objektif latihan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu teknologi dan siber seterusnya memperkembangkan lagi intelektual pelajar. Latihan ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh petugas.

Aktiviti : https://quizizz.com/

Di dalam slot ini, para pelajar diberikan satu kata kekunci untuk menyertai kelas e-pembelajaran mereka. Kemudian mereka di minta untuk menjawab soalan yang telah disediakan di dalam bentuk sistem pembelajaran secara alam maya. 

GAMBAR DISINI