USAHAWAN MENJUAL JUS ZURIAT AL-HAURA, JUS ZURIAT AL-HARRAZ, TUDUNG SARUNG LOVETA, PES NASI ARAB MANDY LAZEEZ DAN SABUN CHE VIT.

NAMA UMMU ADIBAH BINTI AZIZAN
UMUR : 26 TAHUN
AHLI : 2016


Latar Belakang

Cik Ummu Adibah Binti Azizan merupakan seorang usahawan muda, beliau anak bongsu daripada 5 adik beradik. Beliau adalah anak kelahiran Kampung Perupuk. Pendidikan pertama beliau adalah di Tabika Kemas Kubur Panjang, Sekolah Kebangsaan Kubur Panjang, seterusnya di Sekolah Menengah Agama Yayasan Khariah, Baling dengan mengambil PMR dan SPM. Kemudian beliau menyambung pengajian ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai dengan mengambil jurusan Sarjana Muda Sunnah Dengan Pengurusan Maklumat (Kepujian). Oleh kerana, beliau belum mendapat sebarang tawaran berkerja di mana-mana samaada swasta mahupun kerajaan beliau telah mencuba ceburi bidang perniagaan selain minat yang ada serta pengalaman. Beliau memulakan menceburi dalam bidang perniagaan sejak tahun awal tahun 2018 Beliau sentiasa mempromosikan barangan jualan ini kedalam facebook, wassa, Instagram serta shopee.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum beliau melibatkan diri dengan Pusat Internet Bukit Sekechong, beliau kurang mahir akan cara untuk membuat promosi bagaimana cara dan langkah yang betul untuk perniagaan yang beliau usahakan. Malahan  kurang mendapat sambutan pembelian daripada pelanggan mungkin kerana dari segi promosi tiada.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan

Melalui kelas-kelas yang telah Cik Ummu Adibah Binti Azizan  ikuti kelas latihan intel, latihan ict, dashboard, shoppe, adobe dan pelbagai kelas dianjurkan yang dibimbing oleh para Petugas Pusat Internet Bukit Sekechong. Oleh sebab, itulah sedikit sebanyak dapat membantu beliau dalam urusan perniagaan dan cara mempromosikannya didalam facebook, wassap serta instagram.  Perniagaan beliau mula mendapat sambutan dan daripada penduduk setempat dan luar. Beliau sering datang ke pusat internet memohon petugas memberikan tunjuk ajar sekiranya beliau ingin membuat sesuatu promosi, serta meminta pandangan dan pendapat untuk meningkatkan mutu perhikmatan dan sebagainya. Kebanyakkan orang mengetahui perniagaan beliau melalui facebook, Instagram, wassap, shopee, blog dan sebagainya Keuntungan beliau sebulan mencecah RM1500.00. Setelah penglibatan beliau dengan Pusat Internet jualan yang amat memberansangkan lagi dengan beliau mempraktikkan apa yang telah diberi tunjuk ajar serta beliau sering mencari kelainan dalam perniagaan beliau.

JUS ZURIAT


 

USAHAWAN MENJUAL PERALATAN DAPUR SEPERTI PERIUK, TUDUNG SAJI VIRAL, RAK PINGGAN, DAPUR, PENGERING RAMBUT, PEMUKUL TELUR

NAMA PN. NURUL SYAZWANI BINTI ABDULLAH
UMUR : 23 TAHUN
AHLI : 2016


Latar Belakang

Pn. Nurul Syazwani Binti Abdullah merupakan seorang usahawan muda, beliau anak kedua daripada 4 adik beradik. Beliau adalah anak kelahiran Kampung Kuala Lanjut. Pendidikan pertama beliau adalah di Tabika Kemas Kuala Lanjut, Sekolah Kebangsaan Kuala Lanjut, seterusnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubur Panjang, Pendang dengan mengambil PMR dan SPM. Beliau telahpun berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berumur 4 tahun. Beliau telah mencuba ceburi bidang perniagaan selain minat yang ada serta pengalaman memandang suami beliau juga turut mempunyai bisnes sendiri. Beliau memulakan menceburi dalam bidang perniagaan sejak pertengahan tahun 2019 dengan permulaannya menjual tudung, kemudian mula meluaskan perniagaan dengan menjual peralatan dapur. Beliau sentiasa mempromosikan barangan jualan ini kedalam facebook, wassa, Instagram serta shopee.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum beliau melibatkan diri dengan Pusat Internet Bukit Sekechong, beliau kurang mahir akan cara untuk membuat promosi bagaimana cara dan langkah yang betul untuk perniagaan yang beliau usahakan. Malahan  kurang mendapat sambutan pembelian daripada pelanggan mungkin kerana dari segi promosi tiada.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan

Melalui kelas-kelas yang telah  Pn. Nurul Syazwani Binti Abdullah  ikuti kelas latihan intel, latihan ict, dashboard, shoppe, adobe dan pelbagai kelas dianjurkan yang dibimbing oleh para Petugas Pusat Internet Bukit Sekechong. Oleh sebab, itulah sedikit sebanyak dapat membantu beliau dalam urusan perniagaan dan cara mempromosikannya didalam facebook, wassap serta instagram.  Malahan jualan beliau juga sering mendapat permintaan dari pelanggan shopee. Perniagaan beliau mula mendapat sambutan dan daripada penduduk setempat dan luar. Beliau sering datang ke pusat internet memohon petugas memberikan tunjuk ajar sekiranya beliau ingin membuat sesuatu promosi, serta meminta pandangan dan pendapat untuk meningkatkan mutu perhikmatan dan sebagainya. Kebanyakkan orang mengetahui perniagaan beliau melalui facebook, Instagram, wassap, shopee, blog dan sebagainya Keuntungan beliau sebulan mencecah RM 500.00. Setelah penglibatan beliau dengan Pusat Internet jualan yang amat memberansangkan lagi dengan beliau mempraktikkan apa yang telah diberi tunjuk ajar serta beliau sering mencari kelainan dalam perniagaan beliau.

3


 

 

CELIK IT - SAFFIYAH SYARHA BINTI MOHD RIZUAN

NAMA : SAFFIYAH SYARHA BINTI MOHD RIZUAN
UMUR : 7 TAHUN
AHLI : 2019


Latar Belakang

Saffiyah Syarha Binti Mohd Rizuan merupakan seorang pelajar tahun 1 yang penuh berdedikasi, komited dan pintar orangnya. Beliau merupakan pelajar dari Sekolah Rendah Islam Islah Pendang. Beliau mempunyai 5 adik-beradik, Saffiyah Syarha Binti Mohd Rizuan adalah merupakan anak ketiga dan bapa beliau merupakan seorang ustaz di Sekolah Kebangsaan Hujung Keton, Pendang. Semangat beliau untuk mempelajari kelas-kelas komputer yang dianjurkan oleh Pusat Internet Bukit Sekechong sangatlah tinggi dan mendalam. Beliau sentiasa menghadiri kelas komputer yang diadakan pada setiap hari jumaat dan sabtu mengikut jadual yang disusun oleh Pusat Internet. Pada asalnya beliau boleh dikatakan buta IT tetapi setelah menghadiri kelas-kelas yang diadakan di Pusat Internet beliau merupakan seorang yang mahir dalam penggunaan komputer. Beliau selalu hadir mengikuti kelas-kelas e-pembejalaran yang dianjurkan. Malahan beliau menhadiri kelas Microsoft office dan multimedia. Selain itu, beliau juga melayari internet dalam mengumpulkan segala maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran. Hingga kini beliau mahir dalam menggunakan Microsoft Office.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum menghadiri kelas komputer, beliau tidak tahu untuk menggunakan dan membezakan penggunaan setiap aplikasi di dalam Microsoft Office System dan sebagainya.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan
 
Selepas beliau mengikuti kelas komputer yang dijalankan oleh petugas beliau telah mahir dalam penggunaan Microsoft Office System.
 
12