USAHAWAN MENJUAL KEBAB ROTI, MINUMAN DOLGONA COFFE BOBA, LEMANG, MASK KAIN FILTER, DAN NASI TOMATO.

NAMA NUR ATIRAH BINTI ZAKARIA
UMUR : 18 TAHUN
AHLI : 2014


Latar Belakang

Adik Nur Atirah Binti Zakaria merupakan seorang usahawan muda, beliau anak bongsu daripada 5 adik beradik. Beliau adalah anak kelahiran Kampung Kubang Pisang. Pendidikan pertama beliau adalah di Tabika Kemas Kg. Kuala Lanjut, Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh, seterusnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tobiar dengan mengambil PMR dan SPM. Oleh kerana, minat yang mendalam serta bakat beliau dalam bidang perniagaan sejak tahun awal tahun 2019 beliau mula menjual kebab roti, minuman dolgona coffe boba, lemang, mask kain filter, dan nasi tomato. Walaupun beliau masih belajar pada tahun 2019, ia tidak menghalang minat beliau, malah beliau pandai membahagikan masa belajar dengan perniagaan yang beliau usahakan ini dibantu oleh kakak dan ayahnya. Beliau sentiasa mempromosikan barangan jualan ini kedalam facebook, wassap dan Instagram.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum beliau melibatkan diri dengan Pusat Internet Bukit Sekechong, beliau tidak mahir akan pengguna ICT serta cara untuk membuat promosi bagaimana cara dan langkah yang betul untuk perniagaan yang beliau uasahakn. Malahan  kurang menerima tempahan dan pembelian daripada pelanggan kerana mereka kurang yakin disebabkan beliau masih bergelar pelajar sekolah.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan

 

Melalui juga telah mengikuti kelas latihan intel, latihan ict, dashboard, shoppe, adobe dan pelbagai kelas dianjurkan yang dibimbing oleh para Petugas Pusat Internet Bukit Sekechong. Oleh sebab, itulah sedikit sebanyak dapat membantu beliau dalam urusan perniagaan dan cara mempromosikannya didalam facebook, wassap serta instagram.  Perniagaan beliau mula mendapat sambutan dan daripada penduduk setempat dan luar. Beliau sering datang ke pusat internet memohon petugas memberikan tunjuk ajar sekiranya beliau ingin membuat sesuatu promosi, serta meminta pandangan dan pendapat untuk meningkatkan mutu perhikmatan dan sebagainya. Kebanyakkan orang mengetahui perniagaan beliau melalui facebook, Instagram, wassap dan sebagainya Keuntungan beliau sebulan mencecah RM500.00. Setelah penglibatan beliau dengan Pusat Internet jualan yang amat memberansangkan lagi dengan beliau mempraktikkan apa yang telah diberi tunjuk ajar serta beliau sering mencari kelainan dalam perniagaan beliau.

boba


USAHAWAN IKAN KELI SEGAR, TILAPIA MERAH, KAMBING, KIBAS, AIR MINERAL DAN AISKRIM.

NAMA NEKMAT BIN ABDUL RAHIM
UMUR : 35 TAHUN
AHLI : 2018


Latar Belakang

En. Nekmat Bin Abdul Rahim merupakan seorang usahawan iks dibawah bimbingan Mada Daerah, beliau anak kedua daripada 4 adik beradik. Beliau adalah anak kelahiran Kampung Gelong Gajah. Pendidikan pertama beliau adalah di Tabika Kemas Kg. Tok La, Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh, seterusnya di Maktab Mahmud Tobiar dengan mengambil PMR, SMRA dan SPM. Oleh kerana, minat yang mendalam serta bakat beliau dalam bidang perniagaan beliau mula menternak serta menjual ikan keli segar, tilapia merah sangkar, kambing, kibas serta penjualan air mineral dan aiskrim.Malahan beliau merupakan seorang guru KAFA (Kelas Fardhu Ain) di Sekolah Daerah Pendang yang mnegajar sebelah petang, ia tidak menghalang minat beliau, malah beliau pandai membahagikan masa tugasan hakiki dengan perniagaan yang beliau usahakan ini dibantu oleh perkerja dan keluarganya. Beliau sentiasa mempromosikan barangan jualan ini kedalam facebook, wassap dan Instagram.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum beliau melibatkan diri dengan Pusat Internet Bukit Sekechong, beliau tidak mahir akan pengguna ICT serta cara untuk membuat promosi bagaimana cara dan langkah yang betul untuk perniagaan yang beliau uasahakan. Malahan  kurang menerima tempahan dan pembelian daripada pelanggan luar kerana mereka tidak tahu akan perniagaan yang disuahakan oleh  En. Nekmat Bin Abdul Rahim ini.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan 

Melalui juga telah mengikuti kelas latihan intel, latihan ict, dashboard, shoppe, adobe dan pelbagai kelas dianjurkan yang dibimbing oleh para Petugas Pusat Internet Bukit Sekechong. Oleh sebab, itulah sedikit sebanyak dapat membantu beliau dalam urusan perniagaan dan cara mempromosikannya didalam facebook, wassap serta instagram.  Perniagaan beliau mula mendapat sambutan dan daripada penduduk setempat dan luar. Beliau sering datang ke pusat internet memohon petugas memberikan tunjuk ajar sekiranya beliau ingin membuat sesuatu promosi, serta meminta pandangan dan pendapat untuk meningkatkan mutu perhikmatan dan sebagainya. Kebanyakkan orang mengetahui perniagaan beliau melalui facebook, Instagram, wassap dan sebagainya Keuntungan beliau sebulan mencecah RM1500.00. Setelah penglibatan beliau dengan Pusat Internet jualan yang amat memberansangkan lagi dengan beliau mempraktikkan apa yang telah diberi tunjuk ajar serta beliau sering mencari kelainan dalam perniagaan beliau seperti menjual kambing perab rempah ratus, kambing proses bentuk pack 500 gram dan sebagainya.

 IKAN KELI


 

CELIK IT - MUHAMMAD UTHMAN AFFAN BIN MOHD RIZUAN

NAMA MUHAMMAD UTHMAN AFFAN BIN MOHD RIZUAN
UMUR : 9 TAHUN
AHLI : 2019


Latar Belakang

Muhammad Uthman Affan Binti Mohd Rizuan merupakan seorang pelajar tahun 3 yang penuh berdedikasi, komited dan pintar orangnya. Beliau merupakan pelajar dari Sekolah Rendah Islam Islah Pendang. Beliau mempunyai 5 adik-beradik, Muhammad Uthman Affan adalah merupakan anak kedua dan bapa beliau merupakan seorang ustaz di Sekolah Kebangsaan Hujung Keton, Pendang. Semangat beliau untuk mempelajari kelas-kelas komputer yang dianjurkan oleh Pusat Internet Bukit Sekechong sangatlah tinggi dan mendalam. Beliau sentiasa menghadiri kelas komputer yang diadakan pada setiap hari jumaat dan sabtu mengikut jadual yang disusun oleh Pusat Internet. Pada asalnya beliau boleh dikatakan buta IT tetapi setelah menghadiri kelas-kelas yang diadakan di Pusat Internet beliau merupakan seorang yang mahir dalam penggunaan komputer. Beliau selalu hadir mengikuti kelas-kelas e-pembejalaran yang dianjurkan. Malahan beliau menhadiri kelas Microsoft office dan multimedia. Selain itu, beliau juga melayari internet dalam mengumpulkan segala maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran. Hingga kini beliau mahir dalam menggunakan Microsoft Office.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum menghadiri kelas komputer, beliau tidak tahu untuk menggunakan dan membezakan penggunaan setiap aplikasi di dalam Microsoft Office System dan sebagainya.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan 
 

Selepas beliau mengikuti kelas komputer yang dijalankan oleh petugas beliau telah mahir dalam penggunaan Microsoft Office System, Multimedia Adobe Photoshop.

 UTHMAN