USAHAWAN MENJUAL LAKSA, LAKSAM, BIHUN SUP, MEE KUAH DAN MEE KARI

NAMA : SITI ROBASHAH BINTI MAT ISA
UMUR : 39 TAHUN
AHLI : 2017


Latar Belakang

Pn. Siti Robashah Binti Mat Isa merupakan seorang usahawan kecil yang berniaga di sekitar pasar malam di kawasan Pendang, beliau mempunyai 6 orang anak. Beliau adalah anak kelahiran Kampung Kubang Pisang, Mukim Rambai. Pendidikan pertama beliau adalah di Tabika Kemas Kg. Kepala Bukit, Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh, seterusnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tobiar dengan mengambil Sijil Rendah Pelajaran. Oleh kerana, minat yang mendalam serta bakat beliau dalam bidang perniagaan beliau beniaga di sekitar pasar malam daerah Pendang yang turut dibantu oleh anak serta suami beliau. Suami beliau hanya berkerja sebagai pesawah dengan berniaga sebegini dapat membantu menambah pendaptan mereka sekeluarga. Beliau sentiasa mempromosikan barangan jualan ini kedalam facebook, wassap dan Instagram beliau dan anaknya.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum beliau melibatkan diri dengan Pusat Internet Bukit Sekechong, beliau tidak tahu cara untuk membuat promosi bagaimana cara dan langkah yang betul. Malahan  kurang menerima tempahan dan pembelian daripada pelanggan.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan

 

Melalui kelas latihan intel, keusahawanan, myshop dashboard, shoppe dan pelbagai kelas dianjurkan yang dibimbing oleh para Petugas Pusat Internet Bukit Sekechong, dalam urusan perniagaan beliau dan cara mempromosikannya didalam facebook, wassap serta instagram.  Perniagaan  menjual laksa, laksam, bihun sup, mee kari dan mee kuah.beliau mula mendapat sambutan dan daripada penduduk setempat dan luar kawasan Pendang serta mula dikenali. Beliau sering datang ke pusat internet memohon petugas memberikan tunjuk ajar sekiranya beliau ingin membuat sesuatu promosi, serta meminta pandangan dan pendapat untuk meningkatkan mutu perhikmatan dan sebagainya. Kebanyakkan orang mengetahui perniagaan beliau melalui facebook, Instagram, wassap, hebahan mulut ke mulut dan sebagainya Keuntungan beliau sebulan mencecah RM1000.00. Setelah penglibatan beliau dengan Pusat Internet jualan yang amat memberansangkan lagi dengan beliau mempraktikkan apa yang telah diberi tunjuk ajar serta beliau sering mencari kelainan dalam perniagaan beliau selain menjual di pasar malam beliau jugak menerima tempahan untuk majlis perkahwinan, kenduri kesyukuran dan sebagainya.

067


USAHAWAN MENJUAL BISKUT SEPERTI SAMPERIT, MAZOLA DAN TART NENAS.

NAMA : NOR HAYATI BINTI AHMAD
UMUR : 39 TAHUN
AHLI : 2018


Latar Belakang

Pn. Nor Hayati Binti Ahmad merupakan seorang usahawan kecil, beliau mempunyai 7 orang anak. Beliau adalah anak kelahiran Kampung Gelong Gajah, Mukim Tobiar. Pendidikan pertama beliau adalah di Tabika Kemas Kg. Tok La, Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh, seterusnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tobiar dengan mengambil PMR dan SPM. Oleh kerana, minat yang mendalam serta bakat beliau dalam bidang membuat biskut beliau melakukan secara kecil-kecilan dirumah untuk dapat menambah pendapatan bagi membantu suami beliau. Suami beliau tidak berkerja oleh sebab kemalangan yang teruk menimpa suaminya, membuatkan suami beliau sukar untuk berjalan. Beliau sentiasa mempromosikan barangan jualan ini kedalam facebook, wassap dan Instagram.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum beliau melibatkan diri dengan Pusat Internet Bukit Sekechong, beliau tidak tahu cara untuk membuat promosi bagaimana cara dan langkah yang betul. Malahan  kurang menerima tempahan dan pembelian daripada pelanggan.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan

Melalui kelas latihan intel, keusahawanan, myshop dashboard, shoppe dan pelbagai kelas dianjurkan yang dibimbing oleh para Petugas Pusat Internet Bukit Sekechong, dalam urusan perniagaan beliau dan cara mempromosikannya didalam facebook, wassap serta instagram.  Biskut beliau mula mendapat sambutan dan daripada penduduk setempat dan luar. Beliau sering datang ke pusat internet memohon petugas memberikan tunjuk ajar sekiranya beliau ingin membuat sesuatu promosi, serta meminta pandangan dan pendapat untuk meningkatkan mutu perhikmatan dan sebagainya. Kebanyakkan orang mengetahui perniagaan beliau melalui facebook, Instagram, wassap dan sebagainya Keuntungan beliau sebulan mencecah RM800.00. Setelah penglibatan beliau dengan Pusat Internet jualan yang amat memberansangkan lagi dengan beliau mempraktikkan apa yang telah diberi tunjuk ajar serta beliau sering mencari kelainan dalam resepi-resepi biskutnya.

01


 CELIK IT- HUWAINA HUSNA BINTI MOHD RIZUAN

NAMA : HUWAINA HUSNA BINTI MOHD RIZUAN
UMUR : 11 TAHUN
AHLI : 2019


Latar Belakang

Huwaina Husna Binti Mohd Rizuan merupakan seorang pelajar tahun 5 yang penuh berdedikasi, komited dan pintar orangnya. Beliau merupakan pelajar dari Sekolah Rendah Islam Islah Pendang. Beliau mempunyai 4 adik-beradik, Huwaina Husna adalah merupakan anak sulung dan bapa beliau merupakan seorang ustaz di Sekolah Kebangsaan Hujung Keton, Pendang. Semangat beliau untuk mempelajari kelas-kelas komputer yang dianjurkan oleh Pusat Internet Bukit Sekechong sangatlah tinggi dan mendalam. Beliau sentiasa menghadiri kelas komputer yang diadakan pada setiap hari jumaat dan sabtu mengikut jadual yang disusun oleh Pusat Internet. Pada asalnya beliau boleh dikatakan buta IT tetapi setelah menghadiri kelas-kelas yang diadakan di Pusat Internet beliau merupakan seorang yang mahir dalam penggunaan komputer. Beliau selalu hadir mengikuti kelas-kelas e-pembejalaran yang dianjurkan. Malahan beliau menhadiri kelas Microsoft office dan multimedia. Selain itu, beliau juga melayari internet dalam mengumpulkan segala maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran. Hingga kini beliau mahir dalam menggunakan Microsoft Office.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum menghadiri kelas komputer, beliau tidak tahu untuk menggunakan dan membezakan penggunaan setiap aplikasi di dalam Microsoft Office System dan sebagainya.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan
 

Selepas beliau mengikuti kelas komputer yang dijalankan oleh petugas beliau telah mahir dalam penggunaan Microsoft Office System.

 087