CELIK IT- SITI AISYAH BINTI NASRULAH JIHADI

NAMA : SITI AISYAH BINTI NASRULAH JIHADI
UMUR : 20 TAHUN
AHLI : 2014


Latar Belakang

Siti Aisyah Binti Nasrulah Jihadi merupakan seorang penuntut Universiti Sains Islam Malaysia yang penuh berdedikasi, komited dan pintar orangnya. Beliau merupakan juga merupakan bekas pelajar dari Sekolah Kebangsaan Kuala Lanjut. Beliau mempunyai 3 adik-beradik, Siti Aisyah Binti Nasrulah Jihadi merupakan anak kedua dari 3 adik beradik dan bapa beliau merupakan seorang pesawah dan penoreh getah. Semangat beliau untuk mempelajari kelas-kelas komputer yang dianjurkan oleh Pusat Internet Bukit Sekechong sangatlah tinggi dan mendalam. Beliau sentiasa menghadiri kelas komputer yang diadakan pada setiap hari jumaat dan sabtu mengikut jadual yang disusun oleh Pusat Internet sekiranya ada masa terluang ataupun ketika cuti semester. Pada asalnya beliau boleh dikatakan buta IT tetapi setelah menghadiri kelas-kelas yang diadakan di Pusat Internet beliau merupakan seorang yang mahir dalam penggunaan komputer. Beliau selalu hadir mengikuti kelas-kelas e-pembejalaran yang dianjurkan. Malahan beliau menhadiri kelas Microsoft office dan multimedia. Selain itu, beliau juga melayari internet dalam mengumpulkan segala maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran. Hingga kini beliau mahir dalam menggunakan Microsoft Office dan multimedia.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum menghadiri kelas komputer, beliau tidak tahu untuk menggunakan dan membezakan penggunaan setiap aplikasi di dalam Microsoft Office System dan sebagainya.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan

Selepas beliau mengikuti kelas komputer yang dijalankan oleh petugas beliau telah mahir dalam penggunaan Microsoft Office System dan multimedia.

SUCCESS STORY SUKU KETIGA 2021