USAHAWAN MENJUAL PRODUK KECANTIKAN ELYSS

NAMA : NORAINI BINTI HASHIM
UMUR : 30 TAHUN
AHLI : 2019


Latar Belakang

Pn. Noraini merupakan seorang ibu tunggal, beliau mempunyai dua orang anak yang masih kecil. Beliau adalah anak kelahiran Kampung Kepala Bukit, Mukim Tobiar. Pendidikan pertama beliau adalah di Tabika Kemas Kampung Kepala Bukit, Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh, seterusnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tobiar, Pendang sehingga mengambil Sijil Pelajaran Malaysia. Sebelum menceburi bidang perniagaan beliau merupakan seorang pengawas perpustakaan bertaraf kontrak di Perpustakaan Desa Kampung Kepala Bukit, beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerana ingin memberi tumpuan kepada anak-anaknya yang tiada siapa untuk menjaganya ketika beliau bekerja kerana ibubapanya sudah tua. Oleh kerana, minat yang ada dalam bidang perniagaan serta ingin menambah pendapatan, beliau mula menceburi dalam bidang perniagaan menjual barang kecantikan ini. Beliau sentiasa mempromosikan barangan jualan ini kedalam facebook, wassap dan Instagram.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum beliau melibatkan diri dengan Pusat Internet Bukit Sekechong, beliau kurang mahir akan ICt serta cara untuk membuat promosi bagaimana cara dan langkah yang betul untuk perniagaan yang beliau usahakan. Malahan  kurang mendapat sambutan pembelian daripada pelanggan mungkin kerana dari segi promosi tiada.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan

Melalui kelas-kelas yang telah Pn. Noraini ikuti kelas latihan intel, latihan ict, dashboard, adobe photoshop dan pelbagai kelas dianjurkan yang dibimbing oleh para Pengurus Pusat Internet Bukit Sekechong. Oleh sebab, itulah sedikit sebanyak dapat membantu beliau dalam urusan perniagaan dan cara mempromosikannya didalam facebook, wassap serta instagram.  Perniagaan beliau mula mendapat sambutan dan daripada penduduk setempat dan luar. Beliau sering datang ke Pusat Internet memohon petugas memberikan tunjuk ajar sekiranya beliau ingin membuat sesuatu promosi, serta meminta pandangan dan pendapat untuk meningkatkan mutu perhikmatan dan sebagainya. Kebanyakkan orang mengetahui perniagaan beliau melalui facebook, Instagram, wassap, shopee, blog dan sebagainya Keuntungan beliau sebulan mencecah RM200.00 kerana ini perniagaan sampingan, beliau merupakan seorang ibu tunggal yang membesarkan dua orang anak masih kecil. Setelah penglibatan beliau dengan Pusat Internet jualan yang amat memberansangkan lagi dengan beliau mempraktikkan apa yang telah diberi tunjuk ajar serta beliau sering mencari kelainan dalam perniagaan beliau.

 150785936 449394996250983 7879783014473238184 o


USAHAWAN MENJUAL PRODUK MAKANAN DAN BUNDLE

NAMA : ZUHAILA ATHIRAH BINTI ZULEKPLE
UMUR : 32 TAHUN
AHLI : 2019


Latar Belakang

Pn. Zuhaila Athirah merupakan seorang ibu muda, beliau mempunyai tiga orang anak yang masih kecil dan bersekolah. Beliau adalah anak kelahiran Kampung Banggol Temak, Mukim Tobiar. Pendidikan pertama beliau adalah di Tabika Kemas Kampung Tok La, Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh, seterusnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tobiar, Pendang sehingga mengambil Sijil Pelajaran Malaysia.  Oleh kerana, minat yang ada dalam bidang perniagaan serta ingin menambah pendapatan, beliau dan suami mula menceburi dalam bidang perniagaan menjual makanan dan bundle, perniagaan beliau terletak di Rumah Kedai Kampung Penyarom. Beliau sentiasa mempromosikan barangan jualan ini kedalam facebook, wassap dan Instagram.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum beliau melibatkan diri dengan Pusat Internet Bukit Sekechong, beliau kurang mahir akan ICt serta cara untuk membuat promosi bagaimana cara dan langkah yang betul untuk perniagaan yang beliau usahakan. Malahan  kurang mendapat sambutan pembelian daripada pelanggan mungkin kerana dari segi promosi tiada.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan

Melalui kelas-kelas yang telah Pn. Noraini ikuti kelas latihan intel, latihan ict, dashboard, adobe photoshop dan pelbagai kelas dianjurkan yang dibimbing oleh para Pengurus Pusat Internet Bukit Sekechong. Oleh sebab, itulah sedikit sebanyak dapat membantu beliau dalam urusan perniagaan dan cara mempromosikannya didalam facebook, wassap serta instagram.  Perniagaan beliau mula mendapat sambutan dan daripada penduduk setempat dan luar. Beliau sering datang ke Pusat Internet memohon petugas memberikan tunjuk ajar sekiranya beliau ingin membuat sesuatu promosi, serta meminta pandangan dan pendapat untuk meningkatkan mutu perhikmatan dan sebagainya. Kebanyakkan orang mengetahui perniagaan beliau melalui facebook, Instagram, wassap, blog dan sebagainya Keuntungan beliau sebulan mencecah RM500.00 kerana ini perniagaan sampingannya. Setelah penglibatan beliau dengan Pusat Internet jualan yang amat memberansangkan lagi dengan beliau mempraktikkan apa yang telah diberi tunjuk ajar serta beliau sering mencari kelainan dalam perniagaan beliau.

 athirah kisah kejayaan suku pertama 2021


CELIK IT- MUHAMMAD FIRDAUS HUSSAINI BIN MOHD RIDHUAN

NAMA : MUHAMMAD FIRDAUS HUSSAINI BIN MOHD RIDHUAN
UMUR : 10 TAHUN
AHLI : 2014


Latar Belakang

Muhammad Firdaus Hussaini Bin Mohd Ridhuan merupakan seorang pelajar tahun 4 yang penuh berdedikasi, komited dan pintar orangnya. Beliau merupakan pelajar dari Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusuh merupakan pelajar sekolah rendah. Beliau mempunyai 3 adik-beradik, Muhammad Firdaus Hussaini Bin Mohd Ridhuan merupakan anak bongsu dari 3 adik beradik dan bapa beliau merupakan seorang peniaga ayam dan lembu. Semangat beliau untuk mempelajari kelas-kelas komputer yang dianjurkan oleh Pusat Internet Bukit Sekechong sangatlah tinggi dan mendalam. Beliau sentiasa menghadiri kelas komputer yang diadakan pada setiap hari jumaat dan sabtu mengikut jadual yang disusun oleh Pusat Internet. Pada asalnya beliau boleh dikatakan buta IT tetapi setelah menghadiri kelas-kelas yang diadakan di Pusat Internet beliau merupakan seorang yang mahir dalam penggunaan komputer. Beliau selalu hadir mengikuti kelas-kelas e-pembejalaran yang dianjurkan. Malahan beliau menhadiri kelas Microsoft office dan multimedia. Selain itu, beliau juga melayari internet dalam mengumpulkan segala maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran. Hingga kini beliau mahir dalam menggunakan Microsoft Office.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum menghadiri kelas komputer, beliau tidak tahu untuk menggunakan dan membezakan penggunaan setiap aplikasi di dalam Microsoft Office System dan sebagainya.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan

Selepas beliau mengikuti kelas komputer yang dijalankan oleh petugas beliau telah mahir dalam penggunaan Microsoft Office System.

 AS