USAHAWAN MENJUAL TUDUNG QUENELLASCARVES (BAWAL MANID DAN SHAWL MANIS) SERTA CHOCOTUB

NAMA : NUR ADILAH BINTI ZAKARIA
UMUR : 17 TAHUN
AHLI : 2018


Latar Belakang

Adik Nur Adilah Binti Zakaria merupakan masih lagi bergelar seorang pelajar Maktab Rendah Sains Mara Pendang, beliau anak ketiga daripada 4 adik beradik. Beliau adalah anak kelahiran Kampung Banggol Temak, Mukim Tobiar. Pendidikan pertama beliau adalah di Tabika Kemas Kampung Tok La, Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh, seterusnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tobiar, Pendang sehingga mengambil pt3. Kemudian beliau menyambung pengajian ke Maktab Rendah Sains Mara Pendang pada tahun 2019 sehingga tahun 2020 bagi mengambil Sijil Pelajaran Malaysia. Oleh kerana, minat yang ada dalam bidang perniagaan serta ingin membantu keluarga di musim wabak pandemic ini, beliau mula menceburi dalam bidang perniagaan sejak musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac 2020 lalu. Beliau sentiasa mempromosikan barangan jualan ini kedalam facebook, wassap dan Instagram.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum beliau melibatkan diri dengan Pusat Internet Bukit Sekechong, beliau kurang mahir akan ICt serta cara untuk membuat promosi bagaimana cara dan langkah yang betul untuk perniagaan yang beliau usahakan. Malahan  kurang mendapat sambutan pembelian daripada pelanggan mungkin kerana dari segi promosi tiada.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan

Melalui kelas-kelas yang telah adik Nur Adilah Binti Zakaria   ikuti kelas latihan intel, latihan ict, dashboard, adobe photoshop dan pelbagai kelas dianjurkan yang dibimbing oleh para Pengurus Pusat Internet Bukit Sekechong. Oleh sebab, itulah sedikit sebanyak dapat membantu beliau dalam urusan perniagaan dan cara mempromosikannya didalam facebook, wassap serta instagram.  Perniagaan beliau mula mendapat sambutan dan daripada penduduk setempat dan luar. Beliau sering datang ke Pusat Internet memohon petugas memberikan tunjuk ajar sekiranya beliau ingin membuat sesuatu promosi, serta meminta pandangan dan pendapat untuk meningkatkan mutu perhikmatan dan sebagainya. Kebanyakkan orang mengetahui perniagaan beliau melalui facebook, Instagram, wassap, shopee, blog dan sebagainya Keuntungan beliau sebulan mencecah RM500.00 kerana ini perniagaan sampingan beliau disamping menjadi seorang pelajar. Setelah penglibatan beliau dengan Pusat Internet jualan yang amat memberansangkan lagi dengan beliau mempraktikkan apa yang telah diberi tunjuk ajar serta beliau sering mencari kelainan dalam perniagaan beliau.

 51712ce0 6de2 41f6 a5b9 eea81a631132


 

 

USAHAWAN MENJUAL PRODUK KESIHTAN JAMU RESEDUNG, KAPSUL DURIAN BELANDA, JAMU KEMPIS PERUT, JAMU SENNA DAN ANEKA BISKUT

NAMA : ZURAIDA BINTI ISHAK
UMUR : 38 TAHUN
AHLI : 2015


Latar Belakang

Pn. Zuraida Binti Ishak merupakan seorang surirumah, beliau anak kedua daripada 3 adik beradik. Beliau adalah anak kelahiran Kampung Titi Kera, Mukim Tobiar. Pendidikan pertama beliau adalah di Tabika Kemas Kampung Kepala Bukit, Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh seterusnya di Sekolah Menengah teknik Kangar dengan mengambil PMR dan SPM. Beliau telah pun berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan dan lelaki. Beliau telah mencuba ceburi bidang perniagaan kerana minat yang ada serta pengalaman memandang suami beliau juga turut mempunyai bisnes sendiri secara kecil-kecilan. Beliau memulakan menceburi dalam bidang perniagaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac tahun 2020 dengan permulaannya kepada kawan-kawan Amanah Ikhtiar. Setelah mendapat sambutan beliau mula menjual di facebook dan menjual pelbagai produk. Beliau sentiasa mempromosikan barangan jualan ini kedalam facebook, wassap dan shopee.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum beliau melibatkan diri dengan Pusat Internet Bukit Sekechong, beliau kurang mahir akan cara untuk membuat promosi bagaimana cara dan langkah yang betul untuk perniagaan yang beliau usahakan. Malahan  kurang mendapat sambutan pembelian daripada pelanggan mungkin kerana dari segi promosi tiada.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan

Melalui kelas-kelas yang telah  Pn.  Pn. Zuraida Binti Ishak ikuti latihan ict, dashboard, shoppe, adobe dan pelbagai kelas dianjurkan yang dibimbing oleh para Petugas Pusat Internet Bukit Sekechong. Oleh sebab, itulah sedikit sebanyak dapat membantu beliau dalam urusan perniagaan dan cara mempromosikannya didalam facebook dan wassap.  Malahan jualan beliau juga sering mendapat permintaan dari pelanggan shopee. Perniagaan beliau mula mendapat sambutan dan daripada penduduk setempat dan luar. Beliau sering datang ke Pusat Internet memohon petugas memberikan tunjuk ajar sekiranya beliau ingin membuat sesuatu promosi, serta meminta pandangan dan pendapat untuk meningkatkan mutu perhikmatan dan sebagainya. Kebanyakkan orang mengetahui perniagaan beliau melalui facebook, Instagram, wassap, shopee, blog dan sebagainya Keuntungan beliau sebulan mencecah RM 600.00. Setelah penglibatan beliau dengan Pusat Internet jualan yang amat memberansangkan lagi dengan beliau mempraktikkan apa yang telah diberi tunjuk ajar serta beliau sering mencari kelainan dalam perniagaan beliau.

 130837419 209064214145609 1958696660431456451 n


 

CELIK IT - MUHAMMAD DANIAL HAZIQ BIN MOHD RUSTAM

NAMA : MUHAMMAD DANIAL HAZIQ BIN MOHD RUSTAM
UMUR : 9 TAHUN
AHLI : 2015


Latar Belakang

Muhammad Danial Haziq Bin Mohd Rustam merupakan seorang pelajar tahun 3 yang penuh berdedikasi, komited dan pintar orangnya. Beliau merupakan pelajar dari Sekolah Rendah Islam Islah Pendang merupakan pelajar sekolah rendah agama swasta. Beliau mempunyai 3 adik-beradik, Muhammad Danial Haziq Bin Mohd Rustam merupakan anak pertama dan bapa beliau merupakan seorang pembantu operasi di Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh, Pendang. Semangat beliau untuk mempelajari kelas-kelas komputer yang dianjurkan oleh Pusat Internet Bukit Sekechong sangatlah tinggi dan mendalam. Beliau sentiasa menghadiri kelas komputer yang diadakan pada setiap hari jumaat dan sabtu mengikut jadual yang disusun oleh Pusat Internet. Pada asalnya beliau boleh dikatakan buta IT tetapi setelah menghadiri kelas-kelas yang diadakan di Pusat Internet beliau merupakan seorang yang mahir dalam penggunaan komputer. Beliau selalu hadir mengikuti kelas-kelas e-pembejalaran yang dianjurkan. Malahan beliau menhadiri kelas Microsoft office dan multimedia. Selain itu, beliau juga melayari internet dalam mengumpulkan segala maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran. Hingga kini beliau mahir dalam menggunakan Microsoft Office.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum menghadiri kelas komputer, beliau tidak tahu untuk menggunakan dan membezakan penggunaan setiap aplikasi di dalam Microsoft Office System dan sebagainya.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan

Selepas beliau mengikuti kelas komputer yang dijalankan oleh petugas beliau telah mahir dalam penggunaan Microsoft Office System.

1e268f2c 9ff1 47c3 9452 2639d86347e8